CARA ATASI ENDOMETRIOSIS MEROSAKKAN PERANAKAN WANITA
Ini adalah hasil perkongsian Dr Hamid Arshad tentang bahayanya endometriosis. Seterusnya ketahui cara atasi endometriosis ini
SUMBER: Dr Hamid Arshad Youtube
Endometriosis berlaku akibat daripada tumpahan darah kotor kedalam kawasan dibelakang rahim. Dan tisu endometrium tumbuh di ovari di pundi kencing, di saluran najis, tiub fallopian dan lain lain tempat.
Macamana kerosakan boleh berlaku?
Darah kotor bukan saja mengandungi tisu endometrium darah, bakteria, dan kuman kuman lain dan toksin toksin lain. Kandungan ini beracun dan menyebabkan reaksi keradangan dan inflamation persekitaran dimana darah itu tumpah, dan dimana endometrium itu akan tumbuh.
Endometriosis ada di mana mana
Setiap kali wanita datang haid , endometriosis yang kini telah tumbuh di belakang rahim atau dimana mana tempat atau dalam ovari ia akan berdarah seperti juga darah haid.
Darah haid ini akan berkumpul jika ianya berlaku dalam ovari. Akhirnya takungan darah ini akan menjadi cyst yang membesar akibat daripada takungan darah kotor yang berlaku setiap bulan bila berlaku apabila haid.
Darah kotor ini menjadi warna coklat . Sebab itu ia dipanggil sebagai coklat cyst. Darah kotor yang sama ada tumpahan dari dalam rahim ataupun yang timbul daripada tompok-tompok endometriosis di belakang rahim itu sendiri adalah cecair yang beracun dan mencetuskan inflasmi dan keradangan.
Coklat cyst
Akibat daripada keradangan yang berulang-ulang kali maka akhirnya berlakulah kelekatan diantara dinding saluran najis dengan dinding rahim.
Keradangan yang berlaku akibat daripada racun racun ini dalam darah kotor ini, banyak kawasan akan mengalami inflamasi ini dan menimbulkan banyak kerosakan
Jika ia berlaku dalam saluran fallopian ia akan menimbulkan kerosakan pada saluran fallopian menjadi sumbat ,atau block atau ia menjadi bengkak dimana hujung saluran itu menjadi seperti hidro sulfit dan disamping ia bengkak ia akan merosakkan rerambut pada hujung saluran.
Rerambut ini adalah sangat penting dalam proses persenyawaan benih lelaki dan telur perempuan.
Apabila berlaku ovulasi telur itu akan ditarik atau disedut oleh tindakan rerambut oleh saluran fallopian. Tetapi jika saluran dah mengidap endometriosis, kerosakan kepada saluran fallopian ini menyebabkan ia tidak boleh berfungsi lagi.
Dan ia juga boleh menyebabkan salur tersumbat pada hujung saluran tersebut dan proses endometriosis akan berterusan dan menyebabkan timbunan darah kotor disitu.
Seringkali proses ini akan menyebabkan begitu banyak kerosakan dalam struktur penting dalam peranakan wanita.
Tindakan racun ini menyebabkan saluran fallopian, rahim akan menjadi fibroitik dan tisu akan ditukar kepada tisu berparut seperti parut yang timbul pada bekas operation
Fibriosis ini sangat teruk dan merosakkan rahim hingga ia menyebabkan tidak boleh berfungsi untuk melindungi bayi dalam kandungan. Malah ia boleh menyebabkan kesakitan yang teruk sewaktu haid.
Kerosakan pada rahim biasanya berlaku dalam jangka masa panjang bertahun tahun kemudian akibat dari tindakan darah kotor yang berterusan.
Penyakit endometriosis ini adalah satu penyakit yang tidak akan berhenti sendiri melainkan sesuatu tindakan untuk mencegah daripada darah kotor itu tertumpah kebelakang disamping wanita itu meningkatkan imuniti dia sendiri supaya ia dapat melawan kesan buruk racun-racun yang terkandung dalam darah kotor itu tadi.
BACA JUGA: CARA KECUTKAN CYST SECARA SEMULAJADI
Meningkatkan imuniti melalui berbagai cara, iaitu dengan meningkatkan makanan yang lebih berkhasiat, makan suplimen, multivitamin , vitamin c, vitamin e supaya badan wanita sendiri meningkatkan ketahanan dan dapat melawan dan menangkis tindakan keracunan yang berlaku dalam penyaklit endometriosis. Cara atasi endometriosis yang dikongsikan ini perlu di amalkan setiap hari supaya ia tidak bertambah kronik
Dalam peringkat terakhir kerosakan begitu teruk sekali sehingga kehilangan telur begitu rosak sekali malah ia akan melekat kepada dinding rahim, kepada dinding usus, menyebabkan tisu-tisu normal hampir semuanya rosak dan tidak boleh berfungsi.
Rahim dalam peringkat terakhir akan menjadi keras seperti batu dan akan melekat dengan proses parut yang begitu teruk dan hampir mustahil doktor nak pisahkan antara rahim dan usus besar dibelakangnya.
Begitulah teruknya penyakit endometriosis yang tidak dirawat dengan sewajarnya. Wanita akan berterusan menghadapi masalah endometriosis ini sehinggalah peringkat menopause telah tiba.
Untuk bantuan konsultasi dan untuk
dapatkan set vitamin ENDOMETRIOS=> KLIK SINI
CARA KECUTKAN CYST TANPA BEDAH => KLIK SINI
KLIK VIDEO INI UNTUK TAHU CARA ATASI ENDOMETRIOSIS