
Hormon estrogen adalah hormon yang penting untuk wanita. Ia sangat penting untuk menjaga kesihatan tubuh. Fungsinya adalah untuk
- Perkembangan seksual pada remaja perempuan untuk mencapai akil baligh
- Mengatur penebalan dinding rahim selama menstruasi dan selama kehamilan
- Mendorong pertumbuhan payudara pada remaja dan wanita hamil.
- Mengatur metabolisme tulang dan kolesterol.
- Mengatur serapan makanan, berat badan, metabolisme glukosa dan sensitiviti insulin dalam tubuh.
Walau bagaimanapun , kalau hormon estrogen berlebihan juga adalah tidak baik. Pada saat hormon estrogen meningkat pada seorang wanita dibandingkan kadar hormon lain seperti progesteron, akan terjadi gejala yang tidak diinginkan seperti ketidakteraturan haid, peningkatan berat badan, dan boleh terjadi sakit kepala. Kesan berbahaya lainnya dari dominasi estrogen termasuk peningkatan risiko penyakit fibroid dan kanser payudara.
Berikut adalah beberapa cara bagaimana untuk mengurangi kadar estrogen pada wanita dan menjaga keseimbangan hormonal:
- Elakkan Alkohol
Minum terlalu banyak alkohol dapat merosakkan fungsi hati. Kerana estrogen dimetabolisme oleh hati, gagal hati akibat pengambilan alkohol berlebihan dapat menyebabkan kadar estrogen meningkat.
2. Makan Makanan Organik
Racun serangga dan bahan kimia lain yang digunakan dalam sayuran dan buah buahan memiliki kesan seperti estrogen ketika diserap oleh tubuh. Elakkan estrogen berlebihan diserap ke dalam badan dengan makan produk makanan organik dan kurangkan pengambilan daging.
3. Kurangkan produk tenusu
Susu lembu menyumbang hingga 80% dari estrogen yang diambil dari makanan. Hal ini karena susu lembu sering diperah ketika tahap estrogen mereka tertinggi (selama kehamilan). Estrogen ini ditemukan dalam susu dan dapat meningkatkan pertumbuhan tumor pada rahim dan jaringan payudara . Untuk mengurangkan risiko terkena kanser payudara dari meningkatnya kadar estrogen, cubalah untuk amalkan susu badam atau susu kacang soya sebagai pengganti susu lembu.
4. Makan serat lebih banyak
Diet kaya serat dapat membantu menurunkan kadar estrogen. Untuk membantu menurunkan estrogen dalam tubuh, makan lebih banyak buah, sayuran, dan biji-bijian. Beberapa pilihan terbaik adalah epal, seledri, buah, oatmeal, kacang-kacangan.
5. Bersenam
Sebuah penelitian menunjukkan bahawa senaman yang teratur dapat membantu mengurangkan kadar estrogen yang tinggi. Senaman tidak hanya akan meningkatkan kesihatan anda secara keseluruhan, tetapi juga mengurangkan kadar estrogen Anda.
6. Amalkan makanan yang mengandung sulfur
Makanan yang mengandung sulfur dapat membantu dalam detoksifikasi hati, karena dapat membuang racun seperti racun serangga dan ubat-ubatan yang merosakkan hati, sehingga meningkatkan kecekapan organ dalam menyaring zat berbahaya dari darah. Makanan ini termasuk bawang, sayuran hijau, bawang putih, dan kuning telur, limau, lemon, bayam dan sayuran hijau.
7. Hindari Beberapa Makanan
Kafein, makanan berlemak tinggi, dan makanan manis dapat meningkatkan kadar estrogen.
Hormon estrogen yang tinggi meningkatkan risiko anda menghadapi masalah fibroid dan kanser payudara.
Nak Kecutkan Fibroid?