JENIS-JENIS FIBROID YANG SEMUA WANITA PERLU AMBIL TAHU
Dulu saya sendiri tak pernah tahu yang fibroid ada banyak jenis. Selepas mendalami tentang masalah fibroid ini melalui pembacaan dan pembelajaran maya bersama doktor , barulah saya tahu bahawa fibroid berbagai jenis. Jadi hari ini saya nak share dengan anda jenis-jenis fibroid yang mungkin ada dalam rahim kita.
Susah untuk kenalpasti adalakah kita mempunyai fibroid yang tumbuh di dalam rahim Kerana ia tak akan menunjukan sebarang tanda sehinggalah ia membesar dan menganggu kesihatan.
Fibroid, atau nama lainnya ‘Leiomyoma’ atau ‘Myoma’ adalah sejenis ketumbuhan biasa yang terbentuk daripada dinding atau otot rahim (uterus). Ia boleh berlaku dalam bentuk ketumbuhan tunggal atau ketumbuhan berganda dan ia perkara biasa yang dialami oleh kebanyakan wanita dalam lingkungan umur subur (reproductive). Kira-kira 20 % wanita usia subur mempunyai fibroid dan jarang sekali dialami oleh wanita muda sebelum haid. Ketumbuhan ini biasanya mengecut selepas menopaus.
Walau bagaimanapun terdapat juga yang tidak mengecut selepas menopause. Ini mungkin menunjukkan petanda yang merbahaya buat wanita tersebut. Jom kita semak, jenis-jenis fibroid yang ada.
Jenis-jenis fibroid
Submukus
Membesar daripada bahagian bawah salutan rahim kebahagian dalam rahim
Fibroid Intramural
Membesar di antara otot rahim pada bahagian dinding.
Fibroid Subserus
Membesar di luar dinding rahim
Fibroid Pedunkal
Membesar secara bertangkai daripada permukaan bahagian luar rahim atau permukaan bahagian dalam rahim dan kadang kala menjalar keluar dari serviks (pangkal rahim)
Anda mempunyai fibroid jenis yang mana? Jika jenis yang submucous, memang la akan ganggu jika mengandung. baby tak da tempat nak tinggal dalam rahim kerana ia terlalu besar dalam tu.
Menurut Dr Dr. Muhammad Izzat, seorang pegawai perubatan kesihatan wanita & kehamilan walaupun ia tak berbahaya, pembaca perlu tahu bahawa kurang dari 1% fibroid ni boleh bertukar menjadi jenis berbahaya dinamakan “leiomyosarcoma”.
Fibroid adalah perkara sangat biasa berlaku pada wanita, jadi jangan terkejut jika doktor beritahu bahawa terdapat fibroid ketika membuat imbasan. Ia boleh tumbuh tanpa disedari dan kekerapannya adalah 1 daripada setiap 3 wanita.
Ia tumbuh dalam pelbagai saiz, daripada saiz milimeter hinggalah boleh jadi sebesar lebih 10 cm dan fibroid dinamakan mengikut lokasinya.
Setelah anda mengetahui jenis-jenis fibroid ini, sudah pasti anda tak akan membiarkan ia semakin membesar dan menjadi faktor kepada kesihatan anda semakin lemah. Nak kecutkan ke tak?
Kalau nak kecutkan fibroid anda dengan cepat dan selamat jom baca ni.