SIMPTOM KANSER OVARI YANG SERING TERLEPAS PANDANG
Terlalu ramai wanita yang tak pernah perasan simptom yang dialami setiap hari rupanya adalah salah satu simptom kanser ovari. Hanya 1% saja yang perasan.
Sehinggalah doktor sahkan bahawa masalah yang dihadapi itu adalah kanser ovari.
Hati mula resah dan kemurungan melanda mengenangkan nasib yang bakal dihadapi. Fikir tentang kematian, fikir nak tinggal anak dan suami, fikir tak cukup amalan nak dibawa mati.
Diwaktu itu , barulah terkenang semula semua masalah kesihatan yang berlaku sebelum ini tapi tak pernah diambil serius. Kalau la dari awal dah di bawa jumpa doktor, sudah tentu kanser ovari ini tidak sampai ke tahap yang serius.
Menurut statistik Ovarian Cancer Canada, kanser ovari antara kanser yang paling biasa berlaku di dunia.
Penyakit ini telah memberi kesan pada hampir 2,800 orang wanita setiap tahun
Istilah “kanser ovari” sebenarnya menjelaskan tentang pelbagai jenis kanser yang boleh terjadi dari sel-sel ovari.
Antara penyebab utama mengapa kanser ovari terjadi adalah kerana tumor muncul di epitelium (sel lapisan ovari), tiub fallopian atau lapisan dalam perut.
Akan tetapi, ada satu tanda tetap yang seringkali semua wanita “terlepas pandang”.
Menurut kajian dari kumpulan Target Ovarian Cancer, hampir 99% wanita tidak tahu yang tanda tetap ini adalah gejala kanser ovari.
SIMPTOM KANSER OVARI
- Kembung dan sakit perut keterlaluan
- Peruahan pada kitaran haid
- Cepat penat walaupun tak banyak kerja yang dilakukan
- Cepat rasa kenyang
- Bahagian abdomen yang membengkak
- Baju tidak muat tiba-tiba
- Kaki membengkak
- Sesak nafas
Tanda yanf dialami diatas menjadikan wanita lebih alert tentang masalah yang dihadapi ketika itu. Tetapi ada satu tanda ini yang ramai wanita anggap ia perkara biasa.
Berikut adalah tanda yang biasa-biasa saja tapi kemungkinan memberi petanda kanser ovari.
SIMPTOM ASYIK KETANDAS UNTUK KENCING.
Bagi sesetengah wanita menganggap sering ketandas untuk kencing itu adalah perkara biasa. Tetapi kalau kekerapan ketandas semakin bertambah, maka anda perlu sangat berhati hati.
Menurut Pengarah Perkhidmatan di Target Ovarian Cancer – Katherine Pinder, gejala ini merupakan satu tanda bagaimana kanser ovari menjejaskan pundi kencing wanita.
Ini kerana bahagian abdomen wanita akan menolak organ yang berhampirannya, termasuklah pundi kencing.
Simptom ini sama seperti seorang wanita hamil yang akan kerap ke tandas untuk kencing.
Anda juga mungkin akan lebih kerap kencing jika anda minum banyak air, atau anda merupakan penghidap kencing manis.
Tapi, ia tak bermaksud anda perlu memandang ringan simptom ini sebagai bukan simptom kanser ovari.
Walau bagaimanapun, anda tidak boleh terlalu panik. Kemungkinan simptom diatas mungkin petanda masalah PCOS, CYST atau FIBROID. Yang paling penting adalah sila buat saringan awal dan sebaiknya ambil langkah berjaga-jaga dan jangan biarkan sehingga ia melarat.