Hari ini adalah hari terakhir bagi tahun 2018. Dalam setahun ni ada berbagai kisah suka dan duka yang akan tersemat dan diabadikan dalam lipatan hidup.
Coretan ini sebagai simpanan kenangan yang mungkin akan di baca semula 10 ke 20 tahun akan datang oleh diri sendiri ( kalau masih bernyawa) atau mungkin anak cucu cicit .
1st: My best 9 of 2018 (Mac 2018)
Tahun 2013 bermula dengan sesuatu yang mengembirakan apabila artikel yang ditulis telah diterima oleh IAFOR (The Academic International Forum) yang telah berlangsung di Kobe ,Jepun. Ini adalah artikel saya yang kedua selepas artikel pertama dibentangkan di Padang Indonesia. Tak sangka pulak artikel yang ditulis ni boleh sampai jauh kesana. Terima kasih kepada supervisor Dr Siti Mistima yang tak jemu beri support dan motivsi untuk saya terus menulis . Paham je lah, cikgu matematik tiba tiba nak menulis artikel. Memang kekok tapi rasa berbaloi .
Dan waktu inilah saya berpeluang juga untuk menjelajah bumi Jepun bersama 3 orang teman seperjuangan. Boleh baca disini
4 WANITA JELAJAH JEPUN TANPA TOURIST GUIDE PART 1
4 WANITA JELAJAH JEPUN TANPA TOURIST GUIDE PART 2
2nd: My best 9 of 2018 ( Julai 2018)
Hari raya aidilfitri kali ini merupakan hari yang dinantikan selama 20 tahun. Bukan apa.. sebelum ini hari raya aidilfitri yang pertama disambut di Melaka. tapi ini kali pertama menyambut malam raya dan hari raya pertama bersama kesemua adik beradik di rumah abah. Dan kali ni juga dapat berbuka puasa beramai ramai satu family. Biarpun telah ketiadaan abah disisi tapi impian untuk bersama family di malam raya telah tertunai.
3rd: My best 9 of 2018 ( Ogos 2018)
Dalam kesibukan menyiapkan tesis untuk semester terakhir, saya dikejutkan dengan kehadiran seseorang di dalam rahim. Saya pregnen lagi untuk kali ketujuh. Tetapi Allah maha mengetahui. Dia hanya sempat berada di dalam rahimku semala 7 minggu sahaja. Mungkin kerana keadaan saya yang sangat busy , kurang rehat dan agak stess ketika tu untuk memikirkan hal tesis yang bakal tamat tempoh penghantarannya. tapi syukurlah, dia sempat hadir bersama biarpun seketika.
…baca sini EIMY BONGSU LAGI
4th: My best 9 of 2018 (Ogos 2018)
Dalam keadaan kesihatan yang kurang baik akibat keguguran anak yang ke 6, Allah beri peluang untuk menyiapkan tesis dan selesai juga dalam tempoh yang ditetapkan. 13 Ogos 2018 adalah tarikh terakhir untuk submit tesis dan perlu kembali bertugas seperti biasa. Maka tamatlah dunia belajar sebagai seorang students di UKM
5th:My best 9 of 2018 (Ogos 2018)
Selepas selesai menghantar tesis, tempoh 3 bulan menanti untuk proses viva maka , kami perlu melaporkan diri di JPN masing-masing pada hari yang sama submit tesis atau keesokan harinya. Maka terpisahlah kami rakan-rakan seperjuangan dalam dunia pelajar . Dan kali ini saya tak kembali disekolah asal SMK Ghafara Baba tetapi dihantar untuk berkhidmat di SMK Hang Kasturi. Bermula dunia guru selepas ia ditinggalkan selama 2 tahun. Disini saya ditugaskan untuk mengajar subjek Bahasa Inggeris. Subjek yang tak pernah di ajar selama bergelar guru. Tapi cabaran ini tetap disahut dengan murid yang dikategorikan agak lemah dalam akademik. Suatu cabaran besar buat saya . Tapi selepas 2 bulan saya telah mengambil alih tugas baru dengan mangajar subjek Sains pula. Ia tidak menjadi masalah , lagipun subjek ni memang biasa untuk seorang guru fizik seperti saya.
6th: My best 9 of 2018( Ogos 2018)
Dalam tempoh bertugas di tempat baru , mengenali rakan rakan sekerja yang baru, anak-anak murid baru. Belum sampai 30 hari di sini saya mendapat hadiah untuk kategori Pakaian Guru Wanita Terbaik sempena Bulan Patriotik. Yang menariknya kali ni saya merasa untuk menerima hadiah daripada mantan Menteri Dato Sri Syed Hamid Albar.
7th: My best 9 of 2018 (September 2018)
Dalam kesibukan sepanjang Ogos 2018, rezeki Allah beri pada saya dalam kerjaya kedua saya iaitu bisness Shaklee. Pada bulan ini juga saya telah berjaya untuk rank up sebagai coordinator dengan melahirkan 3 orang leader . Seterusnya dapat melengkapkan second cycle car bonus.
8th : My best 9 of 2018 (Oktober 2018)
Oktober 2018, akhirnya saya telah berjaya untuk mencapai CAR BONUS ACHIEVER selepas mencapai sales RM 30 000 serta efektif sebagai coordinator untuk bulan ke tiga. Alhamdulillah, akhirnya Allah beri rezeki untuk melepasi syarat mendapat car bonus kali ni selepas beberapa kali mencuba.
9th: My best 9 of 2018 (November 2018)
Saat yang dinanti telah tiba. Percutian percuma dari Shaklee ke Bangkok bersama lebih 300 orang teman yang lain. Hadiah untuk kami yang telah berpenat lelah dalam bisness di ganti dengan kegembiraan. Syurga membeli belah dan syurga makanan sedap sedap.
Kini 2018 telah melabuhkan tirainya. Kini tahun 2019 tiba dan sudah pasti tiada siapa dapat menduga apa yang bakal berlaku esok , lusa atau seterusnya. Yang kita mampu adalah untuk merancang kehidupan yang lebih baik dari tahun 2018. Usaha untuk mencapainya dan selebih dari itu biarlah Allah yang tentukan.
Selamat menyambut tahun baru 2019. Semoga tahun 2019 usia kita dipanjangkan dengan penuh amal ibadat dab amal kebaikan lebih baik dari yang sebelumnya.
Happy New Year 2019