KOMPLIKASI FIBROID YANG BOLEH BERLAKU KETIKA HAMIL
Kebiasannya fibroid terjadi pada usia wanita subur iaitu berusia antara 30 an hingga 40 an. Ketika ini hormon estrogen masih aktif. Menurut Doctor Andrew Orr dianggarkan 50%-80% wanita mengalami fibroid. Maka tidak hairanlah ramai yang mengalami fibroid ketika mengandung
Selalunya, fibroid berlaku sebelum seseorang wanita disahkan hamil. Namun, mereka hanya mengetahuinya apabila melakukan imbasan ultrasound terhadap kandungan.
Ada juga wanita yang mengalami fibroid ketika mengandung mengalami masalah
Namun, sesetengah wanita akan mengalami simptom seperti berikut:
- Sakit bahagian abdomen
- Rasa kerap ingin membuang air kecil
- Pendarahan vagina
- Tekanan pada bahagian pelvik
- Sembelit
Sekiranya ia terletak bersebelahan dengan plasenta, ia mungkin boleh menjejaskan pengaliran darah kepada fetus, seperti yang dijelaskan oleh pakar. Selain itu, fiibroid yang berkembang dari segi saiz meningkatkan risiko kelahiran bayi pramatang. Kehamilan itu juga berisiko untuk mengalami keguguran.
Sungguhpun kebanyakan kes fibroid tidak mengganggu kelahiran, namun ada beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan. Antaranya, ia boleh mengganggu laluan kelahiran serta posisi bayi dalam kandungan. Sekiranya fibroid menutup laluan kelahiran, atau bayi berada pada kedudukan songsang / melintang, maka pembedahan C-section perlu dilakukan.
Fibroid mengganggu laluan bayi
Fibroid ketika hamil boleh menjadi punca rahim bermasalah untuk mengecut. Ia adalah salah satu penyebab utama tumpahan darah selepas bersalin. Untuk mengelakkan ianya berlaku, suntikan ubat akan dipreskripsikan untuk memastikan rahim tersebut dapat mengecut.
ANDA NAK KECUTKAN FIBROID KETIKA MENGANDUNG?