8 FAKTOR RISIKO KANSER OVARI YANG WANITA PERLU AMBIL TAHU
Lebih 22,000 wanita di US di dapati mempunyai kanser ovari . 14000 orang daripadanya menemui maut daripada penyakit tersebut. Canser ovari selalunya tidak mempunyai tanda-tanda yang jelas. Kebanyakan wanita yang mempunyai simptom tersebut tidak menyedari bahawa mereka adalah pengidap penyakit kanser.
Kanser ovari timbulnya daripada ovari. Ianya biasa berlaku dikalangan wanita 40an dan memuncak di kalangan wanita berumur 55 ke 60 tahun. Kebanyakan merupakan Canser yang timbul daripada permukaan ovari (epithelial cancer) dan sebahagian kecil berasal daripada sel-sel benih telur (germ cell cancer).Ia lambat dapat dikesan kerana kedudukan organ itu yang letaknya jauh di dalam pelvis berbanding pangkal rahim (serviks) dan juga endometrium (dinding rahim). Ini menjadikan proses saringan (screening) tidak dapat dilakukan.
Hari ini saya kongsikan faktor risiko kanser ovari yang memerlukan kita sebagai wanita lebih peka. Jika anda tergolong di dalam senarai berikut, seharusnya anda perlu lebih berhati-hati.
Faktor risiko kanser ovari
Penyebab sebenar kanser ovari tidak diketahui. Faktor-faktor ini boleh meningkatkan risiko anda:
1. sejarah keluarga Canser ovari
Kanser ovari boleh diwarisi dalam keluarga. Ini kerana risiko mutasi (gen) yang diwarisi boleh berubah dan menyebabkan sindrom kanser.
Jika anda ada ibu, kakak atau anak perempuan yang pernah menghidap kanser ovari, seeloknya anda melakukan pemeriksaan awal.
2.Sejarah peribadi payudara, rahim, atau kanser kolon
Sejarah peribadi diri sendiri yang pernah mengalami kanser lain
3. Obesiti
Kajian telah mendapati kaitan antara wanita yang obes dan ovarian cancer.
Keseluruhannya, wanita obes (dengan BMI 30 ke atas) akan lebih berisiko untuk terkena kanser ini.
4. Penggunaan ubat kesuburan tertentu atau terapi hormon
Dalam sesetengah kajian, pengkaji mendapati wanita yang mengambil ubat kesuburan seperti clomiphene citrate selama 1 tahun akan ada risiko yang lebih tinggi.
Malah, wanita yang tidak subur juga lebih berisiko terkena ovarian cancer berbanding wanita yang subur dan hamil.
5.Tiada sejarah kehamilan
Ia juga cenderung berlaku di kalangan wanita yang mencapai akil baligh awal dan lewat menopos serta wanita yang tidak pernah hamil (ovari direhatkan semasa kehamilan).
6. Umur yang lebih tua adalah faktor risiko yang lain. Kebanyakan kes kanser ovari berkembang selepas menopaus.
Risiko untuk terkena ovarian cancer semakin meningkat sejajar dengan usia seseorang wanita.
Biasanya, kanser ovari tidak terjadi pada wanita yang berusia bawah lingkungan 40-an. Kebanyakan ovarian cancer terjadi selepas menopaus.
Adakah cyst boleh membawa kepada kanser ovari?
Kebanyakan cyst ovari tidak kanser. Ini dipanggil benign cysts . Walau bagaimanapun, hanya sebilangan kecil sahaja boleh menjadi kanser
SENGGUGUT TERUK PETANDA KANSER RAHIM?
Jika anda tergolong di dalam faktor risiko kanser ovari, seharusnya anda perlu lebih berjaga-jaga. Sebagai langkah pencegahan anda boleh amalkan cara berikut.
MAKANAN UNTUK PESAKIT KANSER
Leave a Reply