Fibroid memang satu masalah ketumbuhan yang tak asing lagi bagi wanita. Ada yang cakap tak merbahaya , tetapi kurang dari 1% fibroid boleh bertukar menjadi merbahaya yang dinamakan sebagai LEIOMYOSARCOMA. Tanda-tanda fibroid ini tidak dapat dirasakan dengan jelas sekiranya ia masih kecil.
Anda ada simptom senggugut teruk tak?
Tanpa disedari tiba-tiba kita dapat tahu yang ia dah pun wujud dalam rahim. Sebenarnya punca fibroid tidaklah diketahui dengan jelas. Ia berkembang dari sel otot yang menyeleweng dari perkembangan normal.
Untuk pengetahuan anda, hormon estrogen adalah penyebab kepada fibroid membesar . Sekiranya adan berusai 40 tahun keatas , hromon estrogen semakin berkurangan dan mungkin juga fibroid akan mula mengecut.
Tetapi ada kes yang berlaku, wanita yang telah menopause tetapi fibroid makin hari makin membesar. Maka ini adalah satu tanda yang merbahaya.
Kenapa berlakunya fibroid?
Tanya la sesapa pun. Semua pakar dan kajian demi kajian mengatakan punca sebenar masih belum diketahui asal usulnya.
Banyak kajian membuktikan bahawa ia berkaitan rapat dengan hormon wanita sebagaimana yang saya jelaskan tadi. Sebab tu ada perkaitan obesiti
Kenapa obesiti ? Sebab lemak-lemak degil yg terkumpul dalam badan ni menyimpan hormon wanita. Hormon yg tersimpan dengan banyak ni dikatakan menjadi punca fibroid terjadi.So apa tunggu lagi? Jom kuruskan badan !
7 TANDA-TANDA FIBROID
Susah untuk kesan kehadiran fibroid. Tetapi sekali tanda-tanda fibroid ini muncul menandakan yang ia sudah membesar .
1. Pendarahan period yang luar biasa banyaknya
Terdapat wanita yang terpaksa ditambah darah kerana berlaku pendarahan yang tidak terkawal sehingga mereka menjadi pucat dan tidak bermaya akibat kekurangan darah
2. Senggugut teruk
Masalah senggugut teruk yang melampau-lampau sehingga tidak dapat pergi kerja atau pergi kolej atau pergi sekolah. Sakit sehingga guling-gulig dirumah dan perlukan MC
ATASI SENGGUGUT TERUK PETANDA KANSER RAHIM? >>>KLIK SINI
3. Perut terasa buncit.
Mungkin disangka lemak terkumpul tapi sebenarnya bengkak dari rahim atau ovari. Bila cakap camni, semua orang buncit dah cuak pegang-pegang perut sendiri. Perut buncit saja bukan disebabkan fibroid ya. Tinja penuh dalam usus pun boleh sebabkan perut buncit bukan sekadar lemak tepu
4. Kerap Terkencing-kencing
Baru kencing tadi rasa nak kencing lagi. Sebab fibroid besar boleh menekan pada pundi kenci menyebabkan rasanya nak kencing. Beriya berlari pegi toilet, tapi ciput je kencing yg kluar, kadang-kadang tak ade langsung
5. Sakit bahagian bawah perut –
Kadang-kadang tak period pun sakit jugak. Disebabkan berlaku perubahan degenerative pada fibroid yang menyebabkan sakit.
6. Susah nak mengandung.
Kalau mengandung pula tak lekat lama. Fibroid pada dinding rahim yang melibatkan penempelan janin boleh menjejaskan penempelan janin dan berakhir dgn keguguran. Haa bukan fibroid je tau boleh sebabkan keguguran, banyakkkk lagi sebab lain.
7. Menggangu pemusingan bayi dalam rahim
Untuk mereka yang hamil, fibroid pada bahagian bawah rahim boleh menganggu pemusingan bayi dalam rahim .Tiba-tiba baby berada dalam keadaan songsang ke melintang ke sebab fibroid besar menghalang bayi berpusing supaya kepalanya di bawah. Baca betul-betul kat sini, fibroid yang besar. Fibroid ciput atau cenonet takda menyebabkan masalah ini.
8. Fibroid yg besar jenis tergantung kat luar rahim boleh terpintal (torsion) menyebabkan sakit
Jika anda mempunyai tanda-tanda fibroid seperti diatas, adakah anda masih mahu menunggu?
Apa nak buat ni?
Nak biarkan saja tanpa rawatan?
Bolehke nak kecutkan fibroid ni tanpa pembedahan?
Kalau operate dapat ke mengandung ?
KETAHUI JAWAPANNYA >>>>KLIK SINI
Mahu kecutkan fibroid dengan selamat? KLIK SINI
Untuk peranyaan dan konsultasi percuma hubungi saya di
Telefon: 0108798077
Facebook: Nor Suhaila Abdul
Page: Suhaila Abdul
Instagram: suhailacute21
[…] Tanda-tanda fibroid ini akan anda rasai apabila ia semakin membesar dan menganggu kesihatan seperti senggugut teruk, pendarahan yang tidak normal dan banyak lagi. Untuk mengetahui bagaimanakah tanda-tanda fibroid ini dengan jelas klik DISINI […]