HIGH TEA PENGAWAS SMK HANG KASTURI 2018

Bertemakan Black& Silver, hari ini  merupakan hari bersejarah buat cikguSu kerana buat kali pertamanya dapat turut serta dalam majlis High Tea Pengawas selepas 35 hari menjadi warga pendidik SMK Hang Kasturi.

81 orang pengawas hadir meraikan majlis

CikguSu turut rasa happy melihat senyuman dan tawa mereka. Setelah setahun mereka berhempas pulas membantu guru dalam aktiviti sekolah, membantu guru untuk mendisiplinkan diri dan rakan rakan, hari ini mereka diraikan dengan majlis seperti ini. Biarpun ia mungkin  segelintir dari mereka adalah merupakan pengalaman kali pertama, tetapi dari riak wajah mereka membuatkan cikgu rasa terharu dan hiba.

Mereka anak anak yang baik dan hari ini mereka diraikan diatas segala jasa dan bakti mereka pada sekolah. Terutamanya pengawas tingkatan 5 yang bakal  meninggalkan sekolah . Ini adalah kenangan terakhir atau mungkin yang terindah sepanjang bergelar pelajar di sekolah ini.

Pengawas tingkatan 5 yang bakal meninggalkan sekolah

Mereka adalah permata yang selama ini tidak terserlah. Sedangkan di dalam diri mereka terselindung seribu kekuatan dan kelebihan yang mesti dikeluarkan. Ya mereka mampu merancang dan melaksanakan majlis seperti ini dengan semangat dan kerjasama yang kuat diantara mereka.

Pengarah program busy setting audio

Mereka dapat buat lebih baik dari yang cikgu sangka.Hari ni terbukti mereka mampu mengelola dan memimpin majlis yang lebih besar . Biarpun ada  kekurangan tetapi ia masih boleh diperbetulkan dari masa kesemasa.

Cikgu yakin , pengawas SMKHK akan terus maju dalam membina sahsiah diri dan menjadi pemimpin kepada diri sendiri dan membekalkan diri untuk berhadapan dengan dunia luar .

” Pengawas bukan balaci cikgu” . Hari ini mereka telah buktikan mereka bukan balaci tetapi mereka  adalah pemimpin cilik yang telah diberi peluang untuk mengeluarkan setiap kelebihan yang ada pada diri mereka untuk lebih kreatif, proaktif dan mampu bersaing dengan mana-mana pelajar sekolah lain yang mungkin dikategorikan sebagai sekolah cemerlang.

Mereka kreatif jika peluang untuk meluahkan idea. Mereka mampu bertindak jika diberi peluang dan kepercayaan.. Mereka mampu memimpin jika mereka bersama dipimpin.

Cikgu tumpang bergambar kenangan

” Cikgu ada tak majlis lagi yang boleh pengawas handle tahun ni” ..ini semangat yang cikgu nantikan dan kini anda semakin berani dan yakin untuk menjadi pengurus dan pemimpin.

Anugerah pengawas paling tegas, baru tingkatan 1

Video ni buktikan yang korang kreatif dan lebih dari apa yang cikgu bayangkan. Keep it up my prefect. You can do more more and more better than today. AWESOME.

Tahniah kerana dapat siapkan semua video dalam masa 3 hari saja

Hope you enjoy

 

Pengawas tingkatan 5

 

Amboi, sedapnya

 

Guru pengawas berdedikasi, cikgu Zizawani

 

Terima kasih Bonda Noridah Pengetua yang sentiasa beri sokongan pada Badan Pengawas

#PengawasTransformasiSMKHK2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge