REZEKI SAMPAI DI SINI. EIMY BONGSU LAGI

Sementara menanti ayah datang , sempat ibu coretkan kisah ini buat kenangan ibu .

Day 1
3/8/18

Kisahnya bermula pagi ini.. ibu bangun seawal 4.30 pagi. Masa di toilet ibu perasan ada sikit darah keluar tapi coklat2. Tapi ibu fikir itu mungkin biasa2 saja. Ibu teruskan solat dan mengaji. Selesai semua tugas antar Eimy, Dania dan Faiz ibu siapkan sarapan buat orang dirumah . Ibu terus bergegas kebilik kakak Dina untuk siapkan satu entry blog. Sebab waktu ni idea sedang mencurah curah. Siap satu entry blog,  selesaikan satu entry  ibu nak pergi solat. Masa buang air, ibu nampak ada tompokan darah. Fresh. Tapi dalam hati kata, maybe ibu ni memang tak mengandung kot..Padahal memang dah check memang positif. Tapi dalam hati tak yakin , period kot.. so ibu tak solat zohor sebab fikir itu darah period. ibu sambung penulisan edit lagi tesis mana yg boleh dibetulkan..

Hati ni rasa tak sedap, bila terasa was was mula macam macam fikir. Dah selesai ambil eimy dari taska dan hantar Faiz ke tuition ibu balik.

Ibu kebingungan. Betul ke apa yg ibu buat ni. Sebelum ni dah test memang ada 2 line pada UPT tu. So ibu bagitau ayah dan ayah suruh pergi check. Ibu ke klinik Asuza untuk sahkan apa yg terjadi. Doktor scan dan memang tak nampak apa2. Tak puas hati ibu minta Doc check semula air kencing. Sah positif. Line sangat jelas. Doc keluarkan surat untuk ke hospital Melaka. Di alor Gajah tiada doc pakar sakit puan. So dengan pengesahan doc sahlah memang ibu mengandung 7 minggu.


Ibu balik solat dan Qada solat yg ibu tinggalkan tadi. Kemas rumah dan dapur. Terbayang mesti lama di hopital nanti. Kandungan ibu ni masih rahsia. Hanya ibu dan ayah saja yang tahu. Ibu tak terus ke hopital tapi masih ke rumah nenek. Ramai dorang kat sana. Happy ramai ramai berkumpul. Ayah minta ibu beritahu je pada semua. Tapi ibu rasa belum masanya. Akhirnya ibu beritahu pada nenek. Ucapan alhamdulillah keluar dr mulut nenek. Eimy dgn Dania kena sakat dengan mak sedara dia, ibu dengan ayah nak tido hotel. Betul2 dia percaya. Padahal nak ke hospital.

Dengan pengetahuan nenek dan mak azu ibu ke hopital melaka. Ibu tak makan dan minum sebelum. pergi. Kejar masa lepas maghrib terus gerak. Sampai di hopital melaka, prosedur biasa.. kena tunggu. Sehinggala doc check dan sahkan utk dibawa ke wad bersalin. Ibu ditolak ke wad bersalin naik kerusi roda. Selepas check tekanan darah, ibu diminta untuk salin pakaian untuk rawatan seterusnya. Ibu ke toilet. Masa buang ar tiba tiba satu ketulan darah berdezub keluar masuk ke toilet bowl. Ibu tengok darah tu fresh seketul dan agak besar.

Darah di pad sudah penuh. Keluar dari tandas, nurse tanya tentang darah yg keluar petang tadi. Ibu bagitau yg satu ketulan dah keluar. Nurse nak tengok. Tapi ibu dah flush.. huhu..mana la tahu benda tu nk kena tunjuk nurse😯.Anak dah 5 tapi pengalaman macam ni tak pernah lagi dirasai. So blur la..

So disaat ibu menulis coretan ini ibu masih menunggu giliran untuk di periksa. Ayah sudah kelaparan tunggu ibu. Kami sama2 tak isi perut.

sekarang jam 11.30 malam. Dan ibu masih disini. Tak tahu apa nasib ibu yang seterusnya.

11.30 pm.. Jumaat..4/8/18

Nama ibu dipanggil. kali ni kena menjawab soalan dgn doktor utk tahu sejarah kesihatan ibu.. lama berbicara akhirnya sedia utk scan. kali ni doc lelaki.. muka macam artis korea.. handsome..Terpaksa direlakan scan dr bawah. Tapi tetap tak nampak apa2 kesan dlm rahim. Utk pengesahan, doc minta utk buat UPT sekali lagi.. POSITIF juga.. tapi mana kantungnya? 3 kali check UPT still positif.. tapi tidak tahu mana pergi kantung di rahim ibu.

Doc decide utk ditahan wad. Sebabnya status kedudukan kandungan masih samar. Dah keluar semua atau ada lagi. Ibu sedih sangat. Sebab kehadiran baby ini sangat dinanti nanti. Kemudian, nak kena ambil darah. Walaupun kelaparan dan kehausan, ibu kena ambil darah sebab dah lewat malam. Doc muda lelaki yg sgt handsome. Nampak macam baru mula kerja..

Tapi malangnya nasib ibu malam ni, doc ni tak dpt cari urat utk diambil darah.. selepas 3 kali tak dapat akhirnya doc lain ambilkan..Memang la sakit kena cucuk jarum besar 3 kali. Berdarah darah .

Ok fine dah ambil darah.. tiba tiba darah yg diambil tak cukup pulak. doc dah flush jarum tu. Adoiii.. kena cucuk lagi..

Doc lelaki yg sama tadi yg ambil lagi.. malang lagi.. tak jumpa juga urat ibu ni.. banyak lemak ke tak da urat ni?

Akhirnya doc lain yg ambil darah kali ni. Sekali je settle. So tangan ibu dah kena cucuk jarum besar tu total 5 kali.. dah jadi robot.. tegak je tak boleh bengkok.. sakit lagi..Turun darah tak sakit tapi yg sakit kena cucuk jarum 5 tempat berbeza

Lepas selesai, akhirnya masuk juga ke wad.. perut lapar hanya diisi dgn air mineral. Dania dgn eimy kata.. syokla ibu tidur hotel.. tak nak bawa depa.. ye.. ibu tidur hotel la ni.. .bilik 4 orang.. no katil 21..🙄

Tak tau apa nasib ibu seterusnya. Tak dapat tidur.. badan letih otak macam macam nak fikir

Moga ibu masih berpeluang jumpa lagi anak ibu yg ke 6 nanti….tidurrrr..

5/8/18 Sabtu ..seharian disini ibu hanya berehat makan tidur. Sekali sekala doktor datang check. Nurse ambil tekanan darah dan check suhu. Sepanjang hari darah masih keluar terutamnya semasa masuk bilik air.

6/8/18 Ahad masih disni menantikan hasil ujian darah semalam. Masih belum ada keputusan. Ibu sendiri kurang faham apa yang nak di uji dari darah tu..

2.15 am 6/8/18 Isnin

Doktor ambil darah baru kali kedua selepas 48 jam

Siangnya ketika doktor datang untuk check up, maka ibu minta jawapan kepastian. Ujian darah tu diambil 2 kali kerana , semasa scan dari bawah, kandung  tak dijumpai. Mungkin kedudukan fetus tu ada diluar rahim atau positif kerana ada ketumbuhan. Jadi darah tu diambil untuk tengok selepas 48 jam , hasil ujian mengandung adakah positif atau bacaannya dah semakin menurun. Jika masih tinggi bacaan darah yang dukur tu maksudnya kandungan masih ada tetapi mungkin diluar rahim. Kalau bacaannya rendah bermakna kandungan itu berkemungkinan besar sudah keluar.

Maka jelasla apa yang nak diujinya. tapi lepas doktor pakar datang, terpaksa lagi ibu menunggu untuk dapatkan hasil ujian darah. 3 hari katanya. Jam 2.30 petang tiba tiba doktor datang dan maklumkan bahwa ujian darah ah dapat. So bacaan darah yang diuji tu menurun. Bermakna kandungan ibu sudah tidak ada lagi . Mungkin dah keluar semasa malam pertama ibu di wad bersalin hari tu. Temujanji dengan doktor akan diberi 2 minggu lagi untuk pengesahan. So sekarang terang dan nyata, kandungan ibu sudah tidak ada lagi dalam rahim ibu..bukan rezeki ibu kali ni nak dapat baby  yang ke 6 dan nampaknya mungkin eimy akan bakal menjadi bongsu.

Apa pun yang etrjadi pasti ada hikmahnya. Walaupun kandungan ini memang ibu nantikan tapi Allah lebih mengetahui dan pasati ada hikmah disebaliksestiap kejadian. Dengan selesainya kisah ini, temujanji bersama supervisor pun telah siap diatur. Esok ibu akan ke Bangi untuk selesaikan lagiurusan pengajian ibu yang seterusnya. Hidup perlu dietruskan. Apa yang terjadi hari ini adalah satu kisah duka yang akan disiimpa dalam lipatan hidup ibu..

Lepas ni balik kena minum vivix lebih kerap untuk cuci dan sihatkan  balik bahagian dalaman ibu. Dah lama tak minum vivix sebab ibu mengandung tak boleh minum sebelum ni. Sekarang dah boleh telan sekali dengan kolegen dan semua vitamin yang patut .

 

Sekian coretan ibu hari ni..

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge