OVARIAN DERMOID CYST ADA KAITAN DENGAN SIHIR?

“Saya tak boleh makan banyak nanti sakit,tak boleh berdiri lama lama, saya hanya boleh makan bubur saja. Boleh tolong bagi cara nak hilangkan sakit saya? Saya  tak mau ke klinik..”

Ini adalah sebahagian daripada luahanan hati pesakit cyst yang mengadu pada kakSu tentang masalah cyst mereka. Ada yang tidak mahu ke klinik untuk buat rawatan keran takut rahim meraka dibuang. Ada yang risau meraka tidak dapat melahrkan anak kerana cyst yang semakin membesar. Disebabkan risau rahim mereka dibuang ada yang pergi berjumpa dukun atau bomoh kerana masih taksub dengan perkara yang di luar logik akal mereka, Jika anda lihat pada gamber berikut , tidak mustahil ada yang fikir ini berlaku disebabkan sihir. Tapi tahukan anda bahwa ia adalah salah satu simptom yang terjadi pada wanita yang ada masalah DERMOID CYST.

 

Terdapat struktur seperti rerambut

Dermoid cyst adalah salah satu keadaan dimana ketumbuhan wujud di dalam badan sejak kecil dann mampu tumbuh di mana-mana sahaja dan tidak mengira peringkat umur. Ia boleh  berlaku di bahagian otak, hidung, saraf tunjang  dan paling kerap berlaku adalah pada ovari wanita. Ketumbuhan ini mengandungi lemak, tulang, gigi atau rambut. Ia menyebabkan sesetengah masyarakt menganggap ia adalah perbuatan sihir  kerana terdapat gigi dan rambut.

 

 

Ia seperti gigi manusia yang tidak sempurna

Kenapa terdapat struktur rambut, gigi dan tulang? Ia berlaku kerana bila kulit dan struktur kulit terperangkap semasa tumbesaran fetus dalam kandungan.  Sel sel akan menyerupai sel yang terperangkap bersama dan akan menyebabkan ia mengandungi pelbagai struktur seperti gigi, rambut, kelenjar dan sebagainya. Pada kebiasaanya, ia tidak mendatangkan apa apa simptom , dan adakalanya bagi sesetengah kes, ia mendatangkan simptom dan kesakitan.

Antara simptom yang mungkin di hadapi oleh pengidap dermoid ovarian cyst adalah

  1. Kesukaran untuk mengandung
  2. Sakit dan bengkak pada bahagian yang terlibat
  3. Anemia
  4. Lain lain simtom yang kelihatan pada fizikal penghidap.

Bagaimana nak kesan ketumbuhan tersebut?

Pengesanan boleh dilakukan menerusi uijian radiologi seperti x ray, ultrasound , Ct scan, MRI dan sebagainya. Pembedahan boleh dijalankan untuk membuang keseluruhan cyst dermoid ini. Cyst dermoid kurang berkesan melalui ubatan kerana ia bertindak mengecutkan dan mengecilkan cyst yang mengandungi cecair sahaja tapi tidak sesuai untuk cyst yang mengadungi rambut, gigi, lemak dan sebagainya.

Rambut

Oleh yang demikian sekiranya anda mempunyai masalah sakit perut atau senggugut atau ada masalah kesuburan, atau apa jua masalah yang mencurigakan segeralah untuk membuat pemeriksaan dengan pakar sakit puan. Rawatan awal mungkin dapat menyelamatkan ovari anda.

KLIK SINI UNTUK TAHU  BAGAIMANA CYST 10cm KECUT DAN BOLEH BERSALIN NORMAL 

 

Cuba anda tonton video ni jika anda nak tahu cara kecutkan cyst dengan cepat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge