INI 6 SIMPTOM PADA WANITA YANG MENOPAUSE

Setiap hari jiwa rungsing memikirkan masalah ketika usia memasuki fasa menopause. Kulit semakin berkedut, wajah tidak secantik seperti dahulu, sukar berjalan dan perlukan bantuan, dan paling menyayat hati bila suami semakin menjauh kerana isteri sudah tidak dapat melayannya seperti ketika dahulu. Masalah faraj yang semakin kendur, sukar untuk kawal kencing dan ini membuatkan isteri semakin tertekan.

Oleh itu setiap wanita perlu bersedia untuk menghadapi semua situasi diatas dengan menjaga kesihatan dari sekarang. Setiap wanita perlu tahu apakah gejala yang bakal dilalui ketika saat-saat menopause datang menjengah nanti supaya tidak merasa terkejut dan bersedia untuk menempuhinya.

 

Disini saya kongsikan gejala yang bakal dihadapi oleh wanita yang menopause dari perkongsian Dr Hamid Arshad.

 

6 GEJALA YANG DIHADAPI OLEH WANITA MENOPAUSE

1.KEKENDURAN PERANAKAN

KEKENDURAN PERANAKAN

Gangguan pada percambahan sel2 khususnya yang melibatkan connective tisyu yang berasaska kolegen akan menyebabkan faraj, rahim dan payudara mengalami pengecutan atau atrophy. Saluran faraj menjadi kering dan kekurangan lendir pelincir.

Dinding faraj mudah melentur , menimbulkan cystocele, dan kesannya hilang kawalan kencing. Bila terbatuk atau bersin, ia tidak dapat kawal pundi kencing dan terus mengeluarkan sedikit air kencing. Ini digelar stress incontinence dan bolih mengganggu amal ibadah sebab membatalkan wuduk.

Ada setengah wanita mengalami masalah rahim prolapse, digelar ‘tombong’, rahim terkeluar dari saluran faraj. Kaedaan ini mengganggu keselesaan dan juga hubungan kelamin.

 

2. SAKIT SENDI DAN OSTEOPOROSIS

REPUT TULANG DAN SAKIT SENDI

Kekurangan hormonĀ  estrogen akan mengurangkan penyeraoan logam kalsium. Kesan jangka panjang ialah osteoporosis, kereputan tulang.

Warga emas sering mengalami patah tulang pada gelang tangan (wrist), tulang peha (femur). Osteoporosis bolih melibatkan mana2 tulang dalam tubuh badan.

Sakit sendi khususnya lutut akibat osteoarthritis juga dialami. Cartilage sendi jadi nipis dan cecair sendi berkurangan mengakibatkan kesakitan ketika berdiri dan berjalan, perlu guna kerusi untuk solat duduk.

 

3. RISIKO SERANGAN JANTUNG DAN ANGIN AHMAR

SERANGAN STROK

Risiko serangan penyakit jantung dan angin akhmar (stroke) meningkat 10 tahun lepas putus haid. Keutuhan saluran darah ke organ2 penting, otak dan jantung mula terganggu dan bolih pecah akibat tekanan darah tinggi. Perdarahan (hemorrhage) dalam otak menyebabkan stroke

 

4. GANGGUAN EMOSI

GANGGUAN EMOSI

Ketandusan estrogen juga bolih mengganggu pusat kawalan emosi diotak tengah. Akibatnya wanita putus haid mengalami gangguan emosi seperti kesedihan, moody ataupun mudah marah, mudah tersinggung, kadang-kadang terasa sangat sedih sehingga menjauhkan diri; malah ada juga yang sampai ke tahap psychotic , meracau hendak bunuh diri. Itu kes estreem yang jarang berlaku.

 

5. HOT FLUSHES

HOT FLUSHES

Panas badan yang susah dikawal walaupun dengan menggunakan hawa dingin. Sukar untuknya menyejukkan badan. Ini boleh mengganggu keselesaan dan menyebabkan sukar untuk tidur. Kekurangan estrogen mengganggu pusat kawalan suhu badan dalam otak

 

6. PENUAAN LEBIH CEPAT

KULIT KENDUR DAN BERKEDUT

Ketandusan hormone estrogen boleh mempercepatkan proses penuaan (Ageing Process) .Hormone estrogen memainkan peranan penting dalam percambahan sel-sel dan keutuhan tisu untuk organ dalam badan khususnya connective tissue saperti kolejen, yang menjaga keutuhan dan kestabilan organ.

Kesan yang ketara sekali dari peroses ketuaan ialah perubahan pada kulit; yang munkin mengalami kedutan dan kekenduran akibat connective tisu yang lemah.

Rambut mula menjadi putih dan berguguran. Pada keseluruhan organ2 lain juga menjadi semakin lemah fungsi mereka khususnya otak, jantung, buah pinggan dan liver.

Gangguan fungsi otak saperti hilang ingatan dan daya pemikiran bolih berlaku dalam umor tujuh puluhan ekoran dari pengurangan sel2 neuron dalam otak

 

Sebagai suami , haruslahmemahami situasi isteri yang sedang mengalami menopause. Sokongan dan bantuan dari suami akan mengurangkan tekanan pada isteri. Bagi mengurangkan gajala-gejala ini anda boleh amalkan cara ini

CARA KURANGKAN GEJALA MENOPAUSE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge