5 TIPS ELAK PERUT BUNCIT LEPAS RAYA

Wow. Masa bulan puasa yang lepas berat badan turun . Memang happy gila bila nampak penimbang tu menunjukkan berat turun 5kg. Siap dah pergi tempah baju raya yang cun melecun sebab nak cantik bergaya di hari raya . Ternyata memang happy bila pergi beraya ramai yang tegur kita makin slim dan cantik. Memang seronok tak terkira.

Dek kerana pujian melambung tu kita mula lupa diri. Bukan lupa apa la. Cuma lupa nak kawal makan. Setiap kali pergi raya, air manis tak pernah dilupa. Ketupat, rendang dan kuih raya yang berbagai warna dan rasa mesti dicuba. Mestila nak makan, raya setahun sekali saja. Makan dan merasa semua makanan yang ada. Baru la raya.

Selepas seminggu beraya, tiba tiba baju  disarung tapi bahagian punggung dan perut mula tak muat. Alamakkk!!!!!.. kenapa tak muat ni? Cepat cepat pergi cari penimbang . Terkejut yang amat bila penimbang pun menjerit sebab sakit dek kerana berat badan dah naik. Masa bulan puasa turun 5kg tapi sekarang berat dah naik 6kg.

Bukan tu saja, perut dah mula buncit . Nak pakai baju kebaya dah  nampak macam orang mengandung. Habis dicuba baju baju kerja yang lepas, semuanya dah jadi macam sarung nangka. Silap silap time pergi kerja nanti orang tegur kut kut mengandung pulak. Mana taknya bontot dah melebar, perut dah membuncit pipi dah macam pau. Macamna nak buat ni?

Kaksu percaya , ramai wanita diluar sana yang mengalami masalah yang sama seperti situasi diatas. Lepas raya berat badan naik mendadak , perut mula membuncit  dan sukar nak dikawal. Disini kakSu kongsikan cara bagaimana kakSu masih boleh maintainkan berat badan dan kawal perut buncit  ketika berpuasa sehinggalah ke hari ini. jom cuba tips ni

 

5 TIPS ELAKKAN  PERUT BUNCIT  LEPAS RAYA

  1. HENTIKAN MINUM MINUMAN DAN MAKANAN MANIS

Makanan dan minuman manis boleh beri kita tenaga tapi kalau kita makan tanpa kawalan karbohidrat akan berlebihan , dan bukan lagi ditukar menjadi tenaga tapi akan ditukar kepada lemak. Makanan dan minuman manis ni akan buatkan kita jadi ketagih. So hentikan minum atau makan makanan manis dengan segera jika anda tak berat badan naik lagi dan lagi. Elok minum air putih saja yang  0 kolestrol  dan sudah tentu bantu nak kurangkan berat badan.

  1. ISI PERUT DULU SEBELUM PERGI KE RUMAH TERBUKA

Sebelum pergi rumah terbuka pastikan anda mengisi perut dulu supaya tak makan berlebihan semasa di rumah terbuka. Maklumla kalau dah rumah terbuka mesti makanan sedap sedap belaka sampai tak sanggup nak tolak. Bila perut kita dah berisi maka makanan sesedap manapun kita dah tak mampu nak makan sebab perut kita dah penuh. Kata nak kurus, so kena la berkorban.

3.BERJALAN KAKI

Berjalan kaki ke rumah jiran atau parking agak jauh sikit  dari rumah yang nak dikunjung. So at least kita ada juga senaman. Dapat juga kalori dibakar dengan cepat.

4.MAKAN DALAM PINGGAN YANG KECIL

Tips ni memang turun temurun dari mak kakSu. Makan dalam pinggan kecil boleh hadkan kita dari makan berlebihan. Serius! Memang menjadi

5. AMALKAN MAKANAN TAMBAHAN INI BAGI MEMBANTU KAWAL PERUT BUNCIT DAN SINGKIR LEMAK. Ikuti video ini cara nak elak dari buncit dan berat berlebihan.

KLIK UNTUK KONSULTASI PERCUMA 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge