5 PUNCA WANITA SERING MENGALAMI SEMBELIT

 

Sembelit adalah situasi normal yang sering diambil mudah oleh wanita. Sebabnya ramai yang menganggap ia isu remeh dan berpendapat ia boleh diselesaikan dengan hanya  meminum air. Malah ada yang sudah berbulan bulan mengalami sembelit tapi malu untuk berjumpa doctor kerana tidak mahu  pemeriksaan dilakukan alat sulit mereka. Tapi  tahukah anda masalah sembelit ini mungkin petanda kepada kanser usus.

Bagaimana nak tahu yang memang anda ada masalah sembelit?

Adakah anda membuang air besar KURANG DARI 3 KALI SEMINGGU DAN BERLARUTAN SEHINGGA BEBERAPA BULAN?

Adakah semasa pembuangan  air besar 40% daripada najis anda adalah keras?

Adakah anda terpaksa meneran sehingga muka merah atau mengetap gigi dan kaki bersilang sambil mengepit punggung ketika membuang air besar?

Adakah perut anda mengembung , kejang dan sakit ?

Adakah anda terpaksa menggunakan jari untuk mengeluarkan najis sehingga kedalam dubur ?

Adakah anda membuang angin sehingga rakan sebelah anda terpaksa melarikan diri dari anda?

Adakah najis semasa membuang najis anda berdarah?

Ini adalah symptom yang ramai wanita alami tetapi masih belum dapat diselesaikan kerana MALU .

Ini adalah 5 punca yang menyebabkan ramai wanita mengalami sembelit.

5 PUNCA SEMBELIT WANITA

1.TIDAK CUKUP  MINUM AIR

Start your day with some warm  water

Sepatutunya wanita perlu minum air kosong 8 gelas sehari. Atau kiraan yang lebih tepat adalah setiap 25kg berat badan perlukan 1 liter air. So andai kata berat anda 50kg maka air yang patut di ambil adalah 2 liter sehari. Bila air kurang, usus besar tidak dapat menyerap air dengan secukupnya menyebabkan najis menjadi keras.

2.DIET TIDAK SIHAT

Musim perayaan ni ramai yang dah lupakan buah dan sayur. Banyak makan rendang ayam, daging yang sukar untuk dihadam. Banyak minum air manis dan makanan manis menyebabkan kurang pengambilan serat.

3.SUKA MENAHAN AIR BESAR

Berkunjung kerumah sanak saudara di hari raya, ada kala wanita tak selesa untuk membuang air besar di tempat lain. Ada juga wanita yang merasa geli untuk  membuang air besar di tandas awam menyebabkan Mereka lebih rela menyimpan najis dan membuangnya apabila sampai di rumah daripada terpaksa mencangkung atau duduk di dalam tandas yang kotor dan berbau.Tetapi keadaan yang biasa berlaku adalah sebaliknya. Apabila sampai di rumah, perasaan untuk membuang air besar sudah hilang dan tiada sebarang najis dilepaskan walaupun menunggu lama di dalam tandas

Tabiat melengah-lengahkan proses pembuangan air besar juga dipercayai menyebabkan perut gembung malah boleh mengakibatkan usus menjadi malas.

Keadaan tersebut menyebabkan pergerakan najis di dalam usus menjadi lambat atau tidak bergerak sekali gus menyebabkan usus tersumbat.

4.UBAT UBATAN

 

Banyak ubat yang boleh menjadi punca sembelit. Contohnya :

  • Antacids yang mengandungi aluminum hydroxide (Alternagel, Alu-Cap, Alu-Tab, Amphojel, Dialume) and calcium carbonate (Rolaids, Mylanta, Maalox, Tums, etc.)
  • Antispasmodic drugs
  • Antidepressants
  • Iron tablets
  • Anticonvulsant drugs
  • Diuretics (kerana ia berfungsi seperti kafein dan alkohol)
  • Painkillers, narcotic-containing drugs, for example, may suppress bowel function.

TERLEBIH KAFEIN

Kafein berlebihan akan menyebabkan kita kerap kencing. Terlalu banyak air yang dibuang menyebabkan perut terdehidrasi dan menyebabkan sembelit.

Pakar Gasteroenterologi, Pusat Perubatan Kampung Baru (KBMC), Dr. Ishak Masud berpendapat, sembelit terdiri daripada tiga peringkat iaitu sembelit sejak lahir, pertengahan dan utama.

Sembelit boleh menjadi gejala yang tidak merbahaya dan ia juga boleh menjadi sebaliknya.

Sembelit yang tidak merbahaya hanya bersifat sementara dan disebabkan oleh pengambilan ubat-ubatan seperti ubat tahan sakit dengan dos tinggi sehingga boleh memperlahankan pergerakan usus.

Turut menjadi punca sembelit ialah kehadiran luka kecil pada bahagian lubang dubur yang memberi kesan yang amat sakit apabila membuang air besar.

Bagi golongan warga emas dan pesakit angin ahmar, masalah najis melekat pada usus juga boleh menyebabkan mereka terpaksa meneran sehingga kulit dubur merekah, pedih dan berdarah

Secara klinikalnya, sembelit hanya bersifat gejala dan bukan penyakit. Namun, itu bukan alasan untuk masyarakat terus menganggap ia sebagai isu ringan apatah lagi jika menghidap sembelit secara berterusan untuk tempoh dua hingga tiga minggu.

Ironinya, masih ramai menganggap kesukaran membuang air besar dan najis berdarah sebagai buasir sedangkan ciri itu adalah tanda-tanda yang menjurus kepada kanser usus.

Sembelit yang merbahaya terjadi disebabkan oleh kanser usus dan saluran najis yang tersumbat.

Justeru, sekiranya anda mengalami sakit perut, sembelit dan najis berdarah serta kehadiran lendir yang berlarutan, jangan anggap ia adalah buasir. Seelok-eloknya, jumpa doktor dan lakukan pemeriksaan kolonoskopi.

Katanya  beberapa kes yang pernah beliau kendalikan menganggap sembelit dan najis berdarah hanya sebagai buasir, hakikatnya ia adalah kanser usus yang sudah serius.

…………………………………………………………………………………………

Jika anda mengalami masalah sembelit dan tidak mahu ia berlarutan seperti pesanan doktor di atas, saya boleh  bantu anda dengan cara mudah, semulajadi dan selamat.

Klik jika anda nak masalah sembelit anda selesai

KONSULTASI PERCUMA

 

klik [Cara atasi sembelit untuk wanita]

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge