PUISI BUAT SAHABAT

19 Mei 2018..hari ini ku coretkan kisah ini sebagai kenangan

Apa yang ada pada segulung sijil tertera cantik nama si penerima di pentas DECTAR. Disaat dia tersenyum gembira menerima anugerah itu apa lagi yang bermain difikirannya selain dari

🐝tak cukup tidur bersengkang mata
🐝jerawat tumbuh disetiap keliling muka
🐝mata panda menemani setiap masa
🐝dikejar dan mengejar supervisor yang ada
🐝jiwa sedih soal selidik dijawab sambil lewa
🐝tiada masa nak tonton drama
🐝mencari gap tak jumpa jumpa
🐝laptop rosak dikala hendak guna
🐝tinggalkan suami dan anak anak disana
🐝minyak naik makin ku garu kepala

Untuk apa ?
🎈gajimu tetap takan bertambah juga
🎈jawatanmu masih guru juga
🎈semakin hari kau dimamah usia
🎈apa dicari mengejar dunia?

Tidak lain tidak bukan…ilmu itu perlu dicari hingga akhir nyawa..tiada pangkat tiada harta..membawa bekalan diakhirat sana..semoga tabah kawan kawanku disana..matlamat kita adalah sama..graduate on time itu yang di minta..jangan biar hidup derita..jalani ia dengan gembira biarpun airmatamu mengalir setimba..
.
Coretan buat teman seperjuanganku disana
Semoga Allah mudahkan urusan kita….

Semuanya bakal tempuhi jua..apa saja halangan disana..

kita sudah tidak punya masa..teruskan berjuang sehingga selesai..YOU CAN DO IT!

Kuceretkan buat kalian ..

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge