BERAPA LAMA MAKANAN BOLEH DISIMPAN DALAM PETI SEJUK?

Hari ni makan malam ikan cencaru sambal tapi tak habis pulak . Sayang nak buang. So kakSu masukkan dalam bekas dan simpan kat dalam peti ais. Nanti bila time tak da lauk boleh la panaskan balik. Membazir je kalau asyik nak buang je

kakSu ada terbaca dalam satu majalah pasal makanan yang disimpan dalam peti ais ni ada had masa. Tak boleh simpan lama lama baru nak makan. Makanan yang kita simpan terlampau lama bakal mengu

ndang bakteria dan nutrisi dalam makanan pun dah tak da lagi.

Lauk pauk kita tu ada had masa untuk disimpan dalam peti sejuk beku.

  1. Sosej dan burger 3 hingga 4 bulan
  2. Daging lembu segar 6 hingga 12 bulan
  3. Daging ayam sehingga setahun
  4. Lebihan makanan yang mengandungi daging , 2  hingga 3 bulan
  5. Nuget ayam  dan pati burger 1 hingga 3 bulan.
  6. Piza 1 hingga 2 bulan
  7. Udang dan makanan laut boleh bertahan sehingga 2 hari sahaja
  8. Sup tidak melebihi 3 hari
  9. Pasta sehingga 7 hari yang disimpan dalam kedap udara
  10. Sandwich dihasilkan daripada roti, pelbagai jenis salad, inti (baik telur, isi ayam dan sebagainya) dan sebaiknya dihabiskan selepas dibuat. Tapi jika tetap mahu disimpan, letakkan dalam zip lock bag dan perlu dimakan dalam tempoh 2 hari penyimpanan.
  11. Sushi , dihabiskan dalam tempoh 1 hari

Kalau makanan yang disimpan terlalu lama, mungkin akan menyebabkan sakit perut atau keracunan makanan. Jadi cara terbaik adalah masak ikut keperluan supaya setiap hari dapat dihabiskan . Baru tak membazir. Dan belilah makanan dengan cara bersederhana.

 

KakSu

0108798077

#MaqBidanModen

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge