FAIZYN DAN POMET TIDAK DAPAT DIPISAHKAN

POMET OH POMET

Malam tu aku tengah godek godek komputer untuk setting blog tiba tiba suami datang dan bagitau faiz ada kat luar rumah.Dekat tepi jalan sebelah sawit. Jadi aku cakap dengan suami suruh dia pergi tengok anak dia kat situ cepat. Jadi dia naik atas salin kain pelekat. Yang aku ni dok ngintai dari tingkap bilik study aku tu. Tak nampak apa2 pun gelap. Sementara tunggu en suami turun  aku tutup lampu dan pergi mengintai lagi kut kut boleh nampak faiz. Masa dok mengintai kat pintu ada nampak kelibat orang berjalan kat depan pintu besar. Tapi cepat sangat.aisshhh..berderau darah .

Tak puas hati aku masih cari-cari kat mana faiz.Aku tutup lampu bilik . Masih mengintai dari dalam gelap dari bilik bawah. Tiba tiba aku ternampak faiz dok menyorok di celah celah ruang sempit kat sebelah tingkap. Dia pandang kiri kanan dan intai kedalam rumah. Merangkak depan pintu besar intai orang kat dalam. Dia langsung tak perasan aku dok tengok dia. Lama dia tunggu situ tak keluar2.

Bila en suami turun cepat cepat aku bgatau yang  faiz menyorok kat celah tu..si fahimi dengan dania pulak bising bising . Tapi bila dah soh diam macam nampak hantu depa dua2 diam terpangu kenapa la ibu dengan ayah ni macam main sorok sorok pulak. Lepas tu suami aku pun  pergi depn rumah.
.
Jeng jeng jeng.Lepas tu kami bertiga pun keluar rumah pergi ketempat dia menyorok.
Ayah dia dah jumpa dia tengah menyorok . Apa lagi ayahnya pun memulakan sesi. Sesi yang jarang-jarang ayah dia buat kat anak anak. Tapi tak sampai naik rotan la lagi. Tanya punya tanya kenapa sorok sorok dalam gelap, dah takut  baru dia cerita yang dia tolong kawan beli Pomet. Adusss..teruknya jual Pomet rupanya. Menjual di kawasan gelap sorok sorok.
Nak tau dia keluar rumah dan masuk ikut mana? Ikut tingkap depan . Tingkap dah terngaga. Dan pomet tu dia dah sorok kat dalam rumah . Bila ayahnya dah marah2 marah sebab ayahnya dah pesan hari tu kalau ada  apa2 urusan panggil kat rumah bukan kat dalam gelap. Ini kali kedua faiz menyorok macamni yang kitorang perasan. Seblum ni ada abang dia bagitau tapi kam itak nampak
.
Apa alasan dia menyotok kat gelap? sebab tak nak ibu  marah marah faiz tak kasi jual Pomet. Nenek pun ada tegur dah jangan jual jadi dia menyorok la tak nak ibu tahu.Memang ibu curiga pun buat perangai gitu. Rupa rupanya kawan kawan asyik kirim je dia belikan. Org yang menghantar tu pun tuan punya kedai komputer , bukannya budak lagi tapi  beranak pinak pun. Aku pun biasa jumpa dia. Tapi yang kami risaukan kenapa dia duduk dalam gelap berurusniaga. Adoiii. So ayahnya dah warning, lepas ni kalau ada apa2 urusan datang kerumah bukan kat tepi2 hutan
.
Bila keadaan  makin reda. Aku tanya dia berapa dia dapat jual Pomet tu? Katanya kawan2 upah rm 5 dn kadang kadang penjual pomet bagi dia rm 5 atau rm 2. Patut la dia suka sangat nak tolong kawan dia.Hasil jualan pomet dan duit belanja yangbdisimpan dah dapat dia beli sebiji Hand phone vivo rm 560.Anak oh anak. Memang darah yang mengalir tu darah  berniaga la nampaknya. Ye la..ayahnya bisness ibunya buat shaklee dia pun nak juga.

Suatu hari dalam kereta faiz pernah cakap dia sedang buat lagu . Nak nyanyi lagu tu kat you tube.nanti glemer boleh jual lagu tu. Dapat duit…uihh..bisness lagi..😍

Dan semalam faiz bagitahu yang dia terpilih mewakili sekolah until tolawah al quran. Subhanallah. Pagi2 pagi jadualnya ialah membac alquran di tapak perhimpunan. Wahai anak…semoga kau dilindungi akhlak dan peribadimu berjaya dalam kerjaya pilihanmu dan menjadi anak soleh yg sentiasa mendoakan amibu ayah. Amin..

Faiz…dulu kau ketot..sekarangvkau beaar dari abang aus dan akal mu pun makin panjang.😅
Sebagai penutup..nak bagitau..hari ni abang tu datang lagi hantar 2 pomet dan 1 pelebat rambut. Kali ni datang sampai depan rumah dan faiz siap ajak fahimi dan dania teman amik pomet. Tanpa sorok sorok lagi dengan happynya dia bagtau abang shariman datang depan rumah.Dengan bangganya dia dapat untung hari ni rm 15 dan masukkan dalam dompet untuk kumpul bayar duit kakak jiha ,dia pinjam masa beli hand phone.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge