ADAKAH ANDA PENGIDAP VERTIGO?

Adakah anda sering merasakan keadaan diri tidak seimbang, rasa seperti mual dan nak muntah , telinga berdengung  dan ada gerakan pada bola mata. Kemungkinan simptom ini menunjukkan anda sedang mengalami Vertigo.

Apa itu vertigo?

Penyakit vertigo merupakan keadaan dimana seseorang merasakan keadaan berpusing dan hilang keseimbangan, dikaitkan terutamanya dengan melihat ke bawah dari sesuatu ketinggian   atau disebabkan oleh penyakit yang memberi kesan kepada telinga dalam atau saraf yang menyebabkan rasa  pening. Vertigo biasanya di alami oleh orang dewasa. Serangan vertigo adalah secara tiba tiba . Pengidap vertigo tidak dapat berjalan dengan baik kerana terdapat gangguan keseimbangan .

 

Terdapat dua jenis vertigo iaitu yang ringan atau dikenali sebagai nama vertigo perifer. Ia terjadi kerana terdapat masalah telinga yang terdapat banyak saraf berhubung ke otak. Penyakit vertigo yang parah adalah akibat masalah dibahagian saraf kepala atau otak kecil dan besar.

4 faktor-faktor risiko untuk vertigo?
1. Kecederaan kepala boleh meningkatkan risiko mendapat vertigo

2. Penggunaan ubat ubatan  yang berbeza, termasuk beberapa ubat anti-sawan, ubat tekanan darah, antidepresan, dan juga aspirin.

3.  Apa-apa yang boleh meningkatkan risiko strok (tekanan darah tinggi, penyakit jantung, kencing manis, dan merokok) juga boleh meningkatkan risiko anda mendapat vertigo.

4. Bagi sesetengah orang, minum alkohol boleh menyebabkan vertigo.

Kajian  mendapati bahawa antara 2% hingga 3% daripada penduduk adalah berisiko mendapat vertigo; wanita yang lebih tua mempunyai risiko yang lebih tinggi mengalami masalah ini.

 

Rujukan: www.medicinenet.com

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge