TRAVELOG KUNDASANG TAMPARULI SABAH

Assalamualaikum

kali ni kak su nak sharing tentang percutian akak bersama dengan 3 orang teman lain ke Kota Kinabalu pada januari lepas. Akak ada shre tentang hari pertama kami. Nak baca boleh klik kat sini. Pada hari kedua percutian , kami akan ke Kundasang. Seawal 6.40 pagi kami dah bersiap sedia untuk ke sana. Matlamat nak cari sarapan dulu sebelum naik ke sana.

Dalam perjalan kami ke Kundasang, tak kjumpa langsung gerai makan di tepi tepi jalan. Kalau kat Masjid Tanah , bersepah gerai jual kuih. Jadinya kami terpaksa singgah di stesen minyak untuk beli roti dan bekalan makanan lain. Rupanya ada juga orang jual nasi lemak kat luar stesen minyak tu. Untung la..dapat la kami bawa bekal ke sana.

Perjalanan ke Kundasang ambil masa hampir 2 jam. Jalan ke sana belok belok macam nak naik Cameron Highland. Tapi sepanjang perjalan memang sangat menarik terutamanya kawasan bukit bukau berhampiran dengan Gunung Kinabalu. kami sampai Desa Farm kira-kira jam 9.45 pagi. Nak masuk situ bayar Rm 3 je sorang. Wahhhhh..inilah pengalaman yang sudah lama saya tunggu-tunggu. Pemandangan yang sangat cantik . Apa lagi possing la masing-masing kat sini.

 

Kawasan sekitar Kundasang ada banyak homestay atau hotel yang boleh korang sewa kalau nak duduk merasai udara segar kat sini. Tapi kami tak sewa pun.  Setakat melepak-lepak saja kat Desa Farm ni . Memang sangat nyaman duduk sini. Rasanya kalau pasangan bulan madu memang best la.hihi.

 

Sambil sambil kami dok melayan minum susu kat situ, akak ada terpandang satu family ni. Rasa macam kenal tapi tak berani nak tegur sebab takut salah orang. Tapi semasa akak nak pergi beli susu, terserempak dengan budak tadi, dia pulak tegur. Tak sangka duduk sekampung tapi tak jumpa , kat Kundasang pulak bertemu. X students dari SMK Alaudin. Satu family datang bercuti.

Dah selesai melepak kat sini sampai la hari mula hujan. Mujurla kami sampai awal, sempat la kami berpossing habis habisan kat sini . Disebabkan terlalmpau lapar..kami pun beli la pizza kat kedai di Desa Cattle ni. huhu..kerasss.. tak sedap..tapi lapar punya pasal.belasah juga la.

Kat sini juga ada tempat perahan susu fresh dikenali sebagai Desa Cattle. Sempat juga kami melepak kat dalam ni sambil minum susu segar . Memang sangat nyaman duduk sini. Rasanya kalau pasangan bulan madu memang best la.hihi.

Pasangan Pengantin baru berbulan madu di kundasang

Keluar dari Desa Farm tu kami nak ke kaki bukit Gunung Kinabalu. Sepanjang jalan kami dapat lagi melihat keindahan alam ..huhu..memang cantik.Sempat lagi singgah tepi jalan nak ambil view yang cantik tu. Di tepi jalan sepanjang perjalanan ada gerai buah-buahan . Sempat juga kami singgah. Banyak betul buah-buah pelik yang tak pernah kami tengok. Tapi buah rambutan pun ada kat sini. sekilo RM 13..hihi..tanya je la tak beli pun. kami beli buah buah potong , jambu batu, buah kuini dan ciku.

  Macam macam buah ada

 

Sangat menyelerakan

Sepanjang jalan makan buah-buah tu la sebelum sampai di kaki gunung Kinabalu. Disebabkan terlampau lapar , maka terpaksalah kami berehenti nak makan nasi lemak yang beli tadi. Hari hujan so kami makan dalam kereta je. Sambil tu layan drama kegilaan Shakirah..hihi..sambil makan sambil tengok drama kat youtube .Selesai makan kami terus ke kaki gunung Kinabalu. Sehinggalah sampai ke tempat permulaan pendakian. Sejuk sangat masa tu. Dah la hujan. So kami setakat tengok view je kat situ. Tak berapa nampak jelas pun. Nampak hutan je la sebab waktu tu hujan.

Lapar sangat dan hari hujan, kami makan tengahari dalam kereta sambil layan drama Papa sayang mama tak? eh betul ke tajuk tu? hihi

Sejuk ya amat

Depan toilet pun sempat selfie. Toilet dia sangat bersih .Air sejuk macam dalam air peti ais

Ni bukan nak mendaki, ni pose jek.

Selesai kat situ kami bergerak ke  Sabah Tea Garden. Jalan teruk nak kesana. Hujan pulak tu. Sampai kat Sabah Tea Garden kami lepak kejap je. Pemandangan kat sini tak cantik. Pokok teh pun gonjeng-gonjeng je.

Konon konon nak ke tempat kolam ikan . Kolam yang boleh gigit gigit kaki kita dalam air tu. Tapi memandangkan hari hujan, sungai dinaiki air .memang nampak sangat air sungai dah jadi macam teh susu. Spa ikan tu pun tutup. kami pun balik la . Rugi je tak dapat pergi spa ikan tu. Ni la tempat tu

Selesai kat kaki gunung Kinabalu kami car i masjid untuk solat. Tanpa sengaja rupanya masjid yang kami pergi tu betul betul dekat denan pasar Tamparuli dan belakang tu je jambatan Tamparuli. Boleh la kami ambil angin kejap kat situ.

Balik tu dah nak senja tapi sempat lagi kami singgah kat rumah terbalik Tiket RM 10.boleh ambil gambar kat luar saja. Masuk dlam tak da apa pun yang unik sangat. Biasa saja. Tapi dah sampai kalau tak datang rasa terkilan pulak nanti. Tapi yang menakutkan ialah Rya nampak sesuatu dalam bilik kat rumah tu..huhu nasib baik kami dah balik baru dia cerita

Penat meronda segala tempat kami kembali ke Kota Kinabalu.Kali ni nak pergi makan seafood lagi di Todak Waterfront City. Kali ni kami nak cuba di kedai KESIAN semalam. Nak tau kenapa kami kata kedai kesian? Macam biasa sampai kat gerai-gerai kawasan situ,berebut-rebut dorang sambut kami sampai ajak masuk dikedai diorang. Kam imemang nak pergi kedai Kesian ni. Adik yang tukang promote punya exited nak bagi kami makan situ, siap tunjukkan ikan sedap untuk mai makan. Sampaikan jari dia sendiri kena gigi ikan sampai berdarah darah. Tak jadi lah kami makan ikan tu..kang sia sia keluar siong..hahaha..

Ini tuan punya gerai Umi dan Family. Masakan sedap

Masa mula kami sampai memang tak ada orang langsung. Jadi kami pun duduk situ dan order makanan. Kali ni dah pandai sikit dari semalm. Kami order semua makanan pedas-pedas sampai sayur pun suruh bubuh lada. Tapi alhamdulillah . Memang sedap masakan dia. Tak sia-sia kami makan kat sini. Walaupun pada awalnya sebelum kami duduk,memang tak ada pelanggan, tapi lepas kami duduk je situ, akhirnya semua tempat duduk dia penuh. Ni la tuan punya gerai ni. Sedap tau ..Korang datang la sini.

Lepas makan , apa lagi, nak balik bilik la. Tidur dan berehat. malam tu lepak kat bilik sampai pagi. Sebelum tidur wajib telan ostematrix dan lecithin untuk bangun lebih segar esoknya.

 

2 comments

  1. Ok thank you orang MT. Pak Cik orang Logajah. We are going there after raya. 3 mlm di kundasang dan semlm di kk.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge