PERCUTIAN 4H 3M DI KOTA KINABALU (Day 1)

Assalamualaikum..

Memulakan tahun 2017 kali ni dengan  percutian dengan 3 orang rakan sekuliah Rya , Kak Ita dan Shakirah. Perancangan yang dibuat pun dalam masa 2 minggu je. Maklumla masing -masing sedang bercuti semester. nak penuhkan masa terluang katanya. Dan semua ni adalah pengalaman baru buat kak su. Percutian kali ni kami pilih Kota Kinabalu sebagai tempat melancong.

Seawal 3.30 pagi dah bangun siap-siap nak ke KLIA 2. Kak su pula malam tu baru sampai dari Penang hantar anak masuk Kolej terus je ke UKM . Tiket flight jam 6.45 pagi , jadi kami kena berada di sana 1 jam lebih awal. Solat subuh pun di surau KLIA saja. Sepanjang perjalanan dapat tidur sekejap-sekejap jer . Nak menikmati pemandangan indah di udara. Memang cantik sangat. Sempat la ambil gambar juga. Nanti masa balik dah malam,memang tak nampak apa-apa la kan.Jom tengok view dari atas ni.

 

Me with Shakirah

Sampai di airport Kota Kinabalu dalam pukul 9.20 pagi. Kereta my vi yang kami sewa pun dah sampai. So first sekali ialah kami nak hantar beg beg kami ke Apartment yang kami sewa iaitu Promenade Service Apartment . 1 family room 2 queen bad dan sewanya pula RM 452 untuk 3 malam. Boleh tahan bilik dia ni agak besar juga. Kalau satu family 8 orang orang pun boleh masuk , tapi kena guna toto sendiri la kan.. Cuma bilik air ada 1 jelar..Selesa a juga. Kalau ada anak kecik nak main bole sepak kat dalam tu pun boleh.hihi..Oh ya ..sebelum korang buat apa apa kat dalam bilik tu , first sekali korang kena check dulu apa barang yang tak lengkap dalam  bilik tu dan maklumkan pada receptionist. Nanti kalau ada 1 pun barang cotohnya 1 sudu pun hilang korang kena bayar padahal benda tu tak da masa korang sampai.

 

 

Lepas letak barang kami semua kelaparan nak cari makanan untuk makan tengahari. Pusing puisng satu bandar cari kedai makan akhirya dpat la makan kat kedai mamak . Disebabkan lapar , maka telan jer la apa yang ada. Lepas makan kami pun ambil peta dari stesen minyak dan mulakan misi menyelusuri setiap genap pelusuk yang boleh kami masuk.

First kami ke  St Micheal Church di Penampang 15 k3 18 km dari bandar Kota Kinabalu. Biasa la pemandu pelancong, Rya  bawa tempat tempat2 bersejarah . Dibina pada tahun 1936 dan ditunda sehinggalah ke tahun 1047 kerana perang dunia ke dua. Masa sampai sini ada satu pasangan pengantin sedang pre wedding kat depan churh. Kami setakat nak jalan jalan dan psoing kat kawasan cantik kat sini.next kami ke Atkinson Clock Tower , tapi kami tak jumpa. Sesat lagi..hihi ..Lepas tu kami ke Petagas Memorial Garden .Disini adalah tempat memorial bersejarah untuk meperingati mangsa mangsa perang dunia ke dua .Mereka  324 tentera yang menentang yang digelar Gerila Kinabalu telah dibunuh oleh tentera Jepun

                                                            Shakirah, Rya , Kak Su Kak Ita Depan St Micheal Church

 

                                                                                      Petagas Memorial Garden

                                                 Taman peringatan ni sangat dekat dengan lapangan terbang Kota Kinablau

Kemudian kami melalui Sikh Temple Gurdwara . Tengok jer. Selesai dah pusing-pusing sepanjang jalan kami berhenti solat asar  di Sabah State Mosque. Siap merehatkan badan sekejap kami menuju ke Tugu Peringatan Double Six di Sembulan . Tak da sapa sapa yang dok situ . kami jer dok lepak bergambar kenangan dekat tugu ni. Sejarahnya pada 6 Jun 1976 di Sembulan, Sabah, penduduk di sekitarnya dikejutkan dengan satu bunyi dentuman yang kuat. Dentuman pada pukul 3.50 petang itu adalah bunyi letupan sebuah pesawat yang terhempas.Pesawat dari Labuan itu sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.Pesawat jenis GAF Nomad buatan Australia itu membawa hampir keseluruhan anggota Kabinet Sabah termasuk Ketua Menterinya, Tun Mohd Fuad Stephens bersama 11 anggota rombongannya.

Tugu Peringatan Double Six tapi ada 4 jer ):

Next kami ke Prince Philip Botanical Park dan terus lepak kat pantai Tanjung Aru. Niat dihati nak lepak dan tunggu sampai matahari terbenam Konon konon matahari terbenam kat sini sangat cantik. Masa kami sampai kat pantai Tanjung Aru , memang sunyi sepi tak ramai orang. Pantai pun macam tak terurus je. Rumput panjang dan kurang bersih. Jadi kami lepak-lepak di gerai tepi laut sambil menikmati ABC jagung dan ntah apa nama ABC lagi ni. Boleh tahan la sedap juga tapi kalau nak bagi bintang tahap sedap boleh la 3 bintang. Bila tiba waktu petang, semakin ramai pulak la yang datang kat tepi laut ni. Penuh dengan pelancong. Masing-masing menanti nak tengok matahari terbenam di situ.

                                                   Sementara tunggu matehari terbenam lepak makan aiskrim sedap

                        konon konon tunggu matahari terbenam tapi mata kami dok pandang aksi aksi tepi pantai..hihi

 

Tapi kami malas dah nak tunggu lama-lama dan kelihata maahari terbenam hari ni tak berapa jelas sebab cuaca yang kurang baik. Hari dah mendung dan nak hujan . So kami balik bilik. Lapor nak cari makan.

                                                                          Lobster fresh. Ni kecik rm 90 sekilo siap masak

Dinner kami di waterfront city or Todak Waterfront City. Banyak sangat gerai-gerai kawasan ni. Dengan makanan laut yang sangat menyelerakan. Nak tahu apa kami makan malam tu? Jom baca kat sini.

Nanti kita sambung next day kami kat sana ye..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge