KEDAI SEAFOOD SEDAP DI KOTA KINABALU

Terkenang masa di KK hari tu.Malam waktu kami mula mula sampai di Todak Waterfront City, matlamat nak makan seafood.Sampai saja ke tempat gerai makanan kami nak menuju ke gerai yg dah kami setkan gerainya.Ni kes baca kat blog la. Kami pun di sambut oleh beberapa orang pelayan di gerai gerai tersebut.Masing masing datang kat kami memujuk untk.makan di gerai dorang

Masing masing menunjukkan kelebihan seafood di kedai masing2..sampai naik kesian pun ada tengok dorang .punya la bersungguh sungguh ajak… Yang kami pulak macam pak rak (perak..haha) tengok makanan laut yg bagak bagak besar.Lobster yg besar2..udang ketam pun besar2..Tak pernah la jumpa kat semenanjung. Jadi disebabkan kami nak tuju kat gerai yg kami cari so kami pun tolak la tawaran hebat dr gerai2 lain. Order la segala bagai expecially lobster menu wajib cuba… Memang ramai sangat pelanggan kat gerai yg kami pilih ni. Sampai tak cukup kerusi meja.

 

Bila sampai je makanan yg dipesan .Apa lagi..makanla..emmm..kalau tekak org semenanjung ni..mesti nak pedas2..tak puas rasanya kalau tak pedas.. dah makan semua dah kekenyangan..tapi dari raut wajah memang masing2 tak puas hati akan rasanya..huhu..tapi tetap bedal je la..Apa yang kami dok perati..ada satu kedai depan gerai yg kami makan ni ..iaitu org pertama yg jemput kami ke gerai mereka langsung tak da org duduk makan.Dari mula kami sampai hinggalah habis kami makan.sedangkan gerai yg kami duduk ni mmg ramai ..asyik perpusu2 orang yg datang.

Jadinya kami pun mushkil juga.Kenapa tak da org langsung nak pergi kedai tu? Padahal ikan2 dan semua seafood dia semuanya sama jek..maka dengan penuh belas kasihan kami bertekad esok malam kami nak pergi test makan kat gerai tu pulak.Walau tak da sorangpun yang singgah makan digerai tu..tapi pekerja2nya tak berhenti untuk terus mengajak pengunjung masuk ke kedai mereka. Tanpa rasa letih dan putus asa mereka hanya mampu tersenyum lihat kami dah kekenyangan lalu depan kedai dorang..kami berbisik2..”esok kami datang makan kat kedai korang ye” ..wahai KEDAI KESIAN..

Apa berlaku lepas tu? Kami pergi tak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge