KENALI SUHAILA ABDUL

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog Kak Su. Hari ni akak nak story serba sedikit tentang diri akak. Nama penuh akak  Nor Suhaila binti Abdul.Sebenarnya kak su adalah anak kelahiran negeri Perak iaitu di Parit Buntar. Dibesarkan dan bersekolah juga di negeri Perak. Anak kelima dari enam orang adik beradik . Melanjutkan pengajian dalam Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Teknologi Malaysia Skudai. Telah pun mendirikan rumahtangga bersama kekasih hati Noor Azally Mohamad dan dikurniakan 5 orang cahaya mata, Muhammad Noor Firdaus , Fatin Nur Adlina, Muhammad Noor Faeizyn, Dania Nur madina dan Muhammad Noor Faheimy. Kini tinggal di Masjid Tanah Melaka.

My Happy Family

Guru merupakan kerjaya utama di mana sekolah pertama Kak Su adalah SMK Rahmat Kuala Sungai Baru Melaka dan telah berkhidmata  selama 12 tahun. Kemudian menyambung perkhidmatan di SKK SMK Ghafar Baba Masjid Tanah Melaka.Selepas berkhidmat selama 6 tahun di SMKGB , Kak su menyambung pengajian  pendidikan di UKM Bangi. Dan kini sedang bercuti selama 2 tahun untuk pengajian tersebut.

Mula berjinak-jinak dalam dunia penulisan blog  semenjak tahun 2013. Kini kak su mempunyai dua blog iaitu www.suhailaabdul.com dan juga www.akukaksu.blogspot.com.my . Anda boleh mendapatkan perkhidmatan konsultasi kecantikan dan kesihatan daripada kak su secara percuma . Boleh juga follow IG: suhailacute21 dan FB: suhaila abdul

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge