KENCING MANIS PENYEBAB KEGAGALAN BUAH PINGGANG

Buah pinggan kita ni adalah organ penting dalam tubuh. Biarpun saiznya yang kecil kira kira  sebesar dua penumbuk tangan , namun ia mempunyai keupayaan menapis darah dan mampu membuang bendalir berlebihan. Peranan utama buah pinggang adalah untuk mengekalkan imbangan homeostatik cecair badan dengan penapisan dan penyingkiran metabolit ( contohnya urea) dan galian dari darah . Ia menyingkirkan bersama air sebagai air kencing. Buah pinggang juga penting dalam mengawal tekanan darah, metabolisme glukos dan eritropoeisis. ( ada kaitan dengan sel darah merah)

Apakah akibat terhadap buah pinggang yang disebabkan oleh diabetis?

Apabila seseorang mengidap kencing manis, salur darah kecil dalam bdan mengalami kecederaan. Oleh sebeb itu buah pinggang tidak dapat membersihkan darah dengan betul. Badan kita akan menyimpan lebih banyak air dan garam daripada yang sepatutnya.Itu yang kita dapat tengok ada dikalangan pesakit buah pinggang mengalami bengkak kaki atau bahagian-bahagian tertentu. Badan yang menyimpan air dan garam galian yang berlebihan boleh juga menambahkan berat badan. Berkemungkinan juga , air kencing akan mengandungi protin serta bahan buangan lain  akan terkumpul didalam darah.

Kencing manis juga boleh mengakibatkan kerosakan pada saraf badan. Ia boleh menyebabkan pesakit sukar untuk mengosongkan pundi kencing. Tekanan pada pundi kencing yang penuh menyebabkan air kencing kembali ke buah pinggang seterusnya mencederakan buah pinggang. Air kencing yang berada lama di dalam pundi kencing terlalu lama boleh mengakibatkan jangkitan bakteria  dalam air kencing yang mempunyai pras gula yang tinggi. Kira-kira 30% pesakit kencing manis jenis 1 dan 10 -40% jenis 2 akan mengalami kegagalan buah pinggang.
Apakah tanda-tanda awal penyakit buah pinggang pada pesakit diabetes?

Tanda awal penyakit buah pinggang disebabkan diabetes ialah

1.Meningkatnya sisa buangan dari albumin dalam air kencing. Sisa buangan ini boleh wujud lebih dahulu sebelum ujian biasa bagi mengesan penyakit buah pinggang dijalankan . Oleh itu, adalah sangat penting untuk anda menjalani ujian ini setiap tahun.

2.  Penambahan berat badan dan bengkak pada buku lali juga boleh berlaku.

3. Selain itu anda juga akan lebih kerap untuk membuang air kecil terutamanya pada waktu malam.

4. Tekanan darah akan menjadi terlalu tinggi.

Ujian tekanan darah, air kencing dan pemeriksaan darah hendaklah dijalankan setahun sekali .Itu paling minimum. Langkah ini dapat mengawal penyakit pesakit kencing manis dan seterusnya langkah awal tekanan darah tinggi dan sakit buah pinggang dapat dijalankan dengan lebih baik.Ia juga  bagi mengurangkan risiko pesakit mendapat penyakit buah pinggang yang teruk.

Jika anda mengalami masalah kegagalan buah pinggang, masih ada jalan untuk membantu pulih .KLIK SINI

CARA UBATI SAKIT BUAH PINGGANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge