PENYAKIT KENCING MANIS DI KALANGAN KANAK-KANAK

Korang tahu tak yang kanak-kanak pun alami masalah kencing manis? Dulu macam tak percaya, tapi bila tengok sendiri anak buah yang baru umur 12 tahun tiba-tiba pengsan di dalam kelas. Bila buat rawatan doktor baru dapat tahu yang dia ada kencing manis.

Kebiasaannya kencing manis dikalangan kanak-kanak dikategorikan sebagai diabetes jenis 1 yang mana ia meliputi lebih dari 90% kes kencing manis .

Apakah yang menyebabkan Diabetes jenis 1?

Diabetes jenis 1 adalah penyakit autoimun yang biasa berlaku dikalangan kank-kanak atau orang dewasa dibawah umur 30 tahun. Autoimun berlaku apabila sistem imun badan telah mula musnah dengan sendiri. Diabetes yang berlaku di zaman kanak-kanak perlu mendapatkan rawatan dengan insulin.

Diabetes tahap 1 ini berlaku apabila sel sel beta yang dihasilkan oleh insulin di serang oleh sistem imun dan dimusnahkan perlahan-lahan. Sel beta berperanan untuk menghasilkan  insulin. Walaupun kemusnahan sistem imun berlaku perlahan-lahan dalam tempoh 5 hingga 7 tahun, tanda-tanda kencing manis tidak muncul sehinggalah 80% daripada sel sel beta ini dimusnahkan. Akhirnya pengeluaran sel-sel insulin terhenti kerana tidak  ada sel-sel beta yang dikekalkan.

Bagaimana mengetahui anak anada pengidap diabetes?

Apakah gejala-gejala penyakit Diabetes Mellitus?

Gejala-gejala yang ditunjukkan oleh pesakit Diabetes  jenis 1 bermula 1 minggu atau lebih sebelum kanak-kanak tersebut betul-betul sakit. Anak anda mungkin mengadu:

  • kerapkali kencing dan air kencing banyak (siang dan malam)
  • rasa haus yang amat sangat
  • berat badan menurun
  • rasa letih lesu dan kurang tenaga.

Perhatian: (Kencing malam ) pada kanak-kanak yang telah terlatih mengawal pundi kencingnya di kenali sebagai “secondary enuresis”. Sekiranya anak anda mengalami masalah ini, Diabetes Mellitus haruslah disyaki.

Gejala tambahan yang sering berlaku pada kanak-kanak:

  • sakit perut dengan atau tiada muntah
  • sakit kepala
  • masalah tingkahlaku
  • mudah mendapat jangkitan terutama di kulit

Sekiranya gejala-gejala ini tidak dikenalpasti awal, kemungkinan anak anda akan mengalami “diabetic ketoacidosis” (DKA).

Apakah “Diabetic Ketoacidosis”?

  • Ia adalah keadaan kecemasan di mana kanak-kanak mengalami paras glukos yang tinggi dalam darah dengan pernafasan yang cepat serta dalam keadaan keliru atau koma.
  • Dalam keadaan ini, anda perlu mendapatkan rawatan perubatan dengan kadar segera. Anak anda perlu masuk ke hospital untuk rawatan insulin dan terapi cairan.

Diabetes Mellitus Jenis 2 terjadi pada kanak-kanak di ambang atau selepas akil baligh. Ibubapa mungkin tidak mengetahui anak mereka mengalaminya sebab tanda-tandanya kurang jelas jika berbanding dengan Diabetes  jenis 1.

Nak cuba makanan semulajadi yang sangat berkesan untuk pesakit kencing manis? KLIK SINI

Sumber:

Kenali Diabetes- Dr Ganesan Mbbs(IND)

www.myhealth.gov.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge