APA ITU DIABETES?

Kajian daripada  National Health and Morbidity Survey 2011, 15.2% atau 2.6 juta penduduk Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas menghidapi Kencing Manis. Itu kajian pada tahun 2011. Cuba bayangkan apa jadi kepada bilangan pesakit ni. Sudah tentu bertambah kan. Laporan daripada kahbar ini  menunjukkan satu daripada 5 rakyat Malaysia adalah pengidap penyakit diabetes. Angka itu sangat-sangat membimbangkan.

Pesakit diabetes kian meningkat saban tahun

Ramai dikalangan pesakit hanya mengetahui mereka mengalami penyakit diabetes apabila telah mencapai tahap agak kronik. Faktor pemakanan dan juga faktor genetik mempengaruhi masalah ini.

Diabetes atau kencing manis ni berlaku sebab badan tak berupaya menukar makanan kepada tenaga. Disebabkan makanan tidak dapat ditukar kepada tenaga, maka glukosa (gula) akan berada di dalam darah dalam kandungan yang agak tinggi.

Setiap kali kita makan, makanan kita tu akan ditukar kepada gula  dimana ia akan menghasilkan tenaga untuk aktiviti seharian kita. Penukaran makanan kepada glukosa dijalankan oleh pankreas. Pankreas menghasilkan hormon insulin. Insulin membenarkan glukosa memasuki sel sel. Insulin bertindak sebagai kunci yang membuka reseptor untuk membantu glukosa masuk ke dalam sel-sel darah. Sel sel kemudian diuraikan oleh glukosa untuk memberikan tenaga kepada tubuh badan.

Masalah yang dihadapi oleh pesakit diabetes ialah , apabila insulin tidak berkesan dalam memindahkan glukosa dalam darah kepada sel-sel dalam badan. Ia mungkin di sebabkan oleh

  • jumlah reseptor di setiap sel lebih rendah dari normal
  • insulin tidak mampu melekat pada reseptor
  • insulin yang dihasilkan rosak

Jadi , apabila kita tahu punca bagaimana diabetes ini berlaku, maka mudah kita mencari langkah bagaimana mengatasi dan mengubati dari punca ia berlaku.

Anda masih mencari cara mengubati penyakit diabetes (kencing manis)? KLIK SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge