KEGAGALAN BUAH PINGGANG

Assalamualaikum…selamat sejahtera

Akhirnya dapat juga menulis kat blog baru kak su ni. hari ni nak sharing pasal penyakit buah pinggang. Akak ni dulu pun salah sorang dari bakal pesakit buah pinggang tapi mujurlah ambil tindakan awal untuk rawatan.

 

Ni kajian di Amerika Syarikat (AS) menunjukkan 10 peratus daripada golongan dewasa mempunyai masalah kerosakan buah pinggang daripada kategori ringan hingga serius. Malangnya ramai yang tak tahu. Pada Disember 2014, kira-kira 31,637 pesakit di Malaysia  dah direkodkan.Peningkatan  di mana sejumlah 6,000 pesakit direkodkan setahun. Ini bermakna jika ada sejuta rakyat Malaysia, 200 daripadanya merupakan pesakit buah pinggang dan 1,065 pesakit lain telah menjalankan rawatan dialisis buah pinggang, diabetes, tekanan darah tinggi, obesiti dan lain-lain. Ramai sangat tu.

 

Buah pinggan kita ni adalah organ penting dalam tubuh. Biarpun saiznya yang kecil kira kira  sebesar dua penumbuk tangan , namun ia mempunyai keupayaan menapis darah dan mampu membuang bendalir berlebihan. Peranan utama buah pinggang adalah untuk mengekalkan imbangan homeostatik cecair badan dengan penapisan dan penyingkiran metabolit ( contohnya urea) dan galian dari darah . Ia menyingkirkan bersama air sebagai air kencing. Buah pinggang juga penting dalam mengawal tekanan darah, metabolisme glukos dan eritropoeisis. ( ada kaitan dengan sel darah merah)

              keratan rentas buah pinggang

200 liter darah ditapis atau dibersihkan oleh buah pinggang. Buah pinggang juga terlibat dalam penghasilan sel darah merah , kawalan tekanan darah , kawalan keseimbangan asid alkali dan penjagaan kesihatan tulang. Pengidap penyakit buah pingang atau keadaan buah pinggang tidak normal biasanya mempunyai tahap protein melebihi paras normal atau terdapat kesan darah dalam air kencing .Penyakit buah pinggang kronik adalah ‘penyakit berganda’ kerana ia dikaitkan dengan peningkatan sekurang-kurangnya 10 kali ganda risiko kematian awal akibat penyakit jantung, strok dan penyakit vaskular.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge