4 TIPS MUDAH KEJUTKAN ANAK KECIL BANGUN AWAL PAGI

Ini kisah anak saya yang berusia 4 tahun.Setiap hari Faheimy akan dihantar ke taska seawal 6.45 pagi.Biasanya masalah susah nak bangun pagi bila habis cuti  hujung minggu atau selepas habis cuti sekolah yang panjang.Maka bermulalah satu episod dramatik diwaktu pagi.Faheimy  yang dah  lama seronok bercuti, tiba-tiba rutin harian akan berubah kerana perlu bangun awal untuk ke sekolah.Disinilah berbagai teknik dan cara yang diperlukan untuk mengejutkan beliau dari tidur.Jadi pada saat itu, kesabaran saya pun diuji.

Susah bangun pagi
Faheimy yang suka main air..
Di sini saya kongsikan tips mengejutkan anak-anak untuk bangun tidur dengan mudah dan gembira  seperti yang telah saya amalkan dan juga hasil dari pembacaan.
Susah bangun pagi

1.PASTIKAN ANAK TIDUR MALAM LEBIH AWAL

  • Sesetengah pertarungan untuk bangun awal pagi adalah berpunca daripada tidur pada lewat malam. Hadkan penggunaan gadjet mahupun televisyen yang boleh melekakan anak-anak sehingga berjaga ke larut malam.Saya akan pastikan si kecil tidur sebelum jam 9 malam
  • Kelengkapan untuk ke sekolah esok pagi telah di sediakan seperti kerja sekolah, alatulis, pakaian sekolah, beg sekolah dan sebagainya dengan lebih awal. Bila semua sudah sedia, urusan pada waktu pagi insya Allah akan berjalan dengan lebih lancar.
2.MAKAN MALAM LEBIH AWAL
  • Seeloknya makan malam lebih awal supaya anak-anak boleh tidur lebih awal.Kebiasaannya kami sekeluarga akan makan malam sebelum pukul 8 malam.Tidak lewat dari itu. Makan malam yang lewat dan berat sebelum waktu tidur boleh menggangu tidur dan membuatkan anak  lebih susah untuk bangun di pagi hari.

3.TIDUR DENGAN BAHAGIA DAN GEMBIRA

  • Berikan motivasi sebelum tidur.Cetuskan keghairahan dengan cerita-cerita persekolahan yang menaikkan semangat mereka untuk seronok pergi ke sekolah. Selalunya saya akan ceritakan benda-benda yang best kat sekolah faheimy.Jumpa kawan-kawan, pergi taman mainan naik bas ramai-ramai.
  • Sebelum tidur, pesanlah untuk mereka baca doa sebelum tidur (3 Qul).Kadang-dang sempat baca doa tidur je.Lepas tu dah khayal dan hanyut tidur.
  •  Biasanya Faheimy mesti nak tidur celah ketiak ibu.Mesti kena peluk dan cium manja sebelum dia tidur. Saya akan dia tidur dalam keadaan gembira dan mencium tangan ibu ayah terlebih dahulu sebelum mereka lena dibuai mimpi.Jika waktu malam dia tidur dalam keadaan sedih atau baru lepas bergaduh dengan kakak atau abang, mesti time bangun pagi ada problem.
  • selalu bisikkan ketelinga ketika mereka dalam zon separa sedar (tidur-tidur ayam), perkara-perkara yang disukainya
  • Semasa tidur saya akan pastikan anak-anak tidur dalam suasana aman, jauh dari gangguan dan kebisingan.Tiada bunyi tv atau radio.Ada juga ibubapa yang memasang  bacaan alQuran semasa anak tidur.Boleh menenangkan anak.
Susah bangun pagi

4.KEJUTKAN DENGAN KASIH-SAYANG

  • Beri salam dan panggil anak dengan nada yang lembut pada anak yang sedang tidur. 
  • Sentuh hujung ibu jari kaki mereka dan goyangkan perlahan-perlahan. Jangan direntap ibu jari kaki mereka, kelak mereka menyimpan dendam.
  • Elakkan mengetuk pintu bilik mereka dengan keterlaluan sehingga menyebabkan anak bangun dalam keadaan terkejut dan ketakutan.
  • Kejut anak secara berperingkat. Jangan memaksa mereka. Jangan terus disimbah air ke atas mereka.
  • Sebaik saja anak bangun, terus berikan anak  ganjaran ciuman dan pelukan supaya timbul rasa gembira pada untuk bangun tidur. Usap kepalanya sambil bercakap dengan lembut agar si manja terus mandi, solat subuh dan bersegera ke sekolah untuk menjadi anak yang bijak pandai.
  •  Hargailah setiap perkembangan mereka, teruskan mendorong dan berdoa.Berikan ganjaran dan ciuman manja untuk mengembirakan hati anak kecil

5 LARANGAN SEMASA MENGEJUTKAN ANAK TIDUR

Dari sudut segi psikologi, jika seorang anak itu dikejut dengan herdikan atau pukulan, maka minda separa sedar akan diaktifkan sedikit demi sedikit untuk membenci dan berdendam dengan orang yang membangunkan itu. Seandainya rutin setiap dinihari kita mengejutkan anak-anak dengan cara yang kurang beradab, maka sebenarnya kita telah menyalakan api kebencian yang bahaya dalam minda separa sedar anak itu.

  1. DILARANG menggunakan kata-kata kesat atau makian.
  2. DILARANG menepuk dengan pukulan kasar atau kuat.
  3. DILARANG menyimbah air.
  4. DILARANG membebel berterusan tanpa henti.

Semoga warna-warni di pagi hari ini menjadi episod eksklusif untuk dikenang baik untuk si manja mahupun buat ibu dan ayah. Hiburkanlah hari anda dengan sketsa pagi si comel.Pengalaman manis itu sangat indah untuk dikenang.

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge