10 LANGKAH PENCEGAHAN DARI STROK HABA

Sejak beberapa hari dalam tahun 2016 ni, memang terasa sangat bahang panas.Kalau dapat jemur kain, tiga kali basuh , 3 kali kering pun boleh.Tak payah letak kat luar, letak kat balkoni pun cepat jer kain baju kering.Badan pula akan rasa lebih letih dari biasa, mungkin kerana banyak cecair dari dalam badan telah hilang.
el nino
Kesan yang dirasai sebenarnya ada kaitan dengan fenomena El Nino.

Apa Itu El Nino?

Menurut laman web rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia),  El Nino adalahFenomena lautan yang berlaku setiap dua ke tujuh tahun di mana arus laut yang panas akan menggantikan arus laut yang kebiasaannya sejuk di luar pantai barat Peru, Amerika Selatan.
 Pemanasan lautan ini didapati berlaku di kawasan yang lebih luas meliputi Pasifik tengah dan timur serta mempunyai kaitan dengan peristiwa cuaca luar biasa yang ketara di tempat-tempat tertentu di dunia seperti banjir yang teruk dan kemarau yang berpanjangan. Di Asia Tenggara, Indonesia dan Australia, berlaku keadaan cuaca lebih kering dari normal sementara di Pasifik tengah dan timur berhampiran khatulistiwa kebiasaannya mengalami keadaan lembap.
Kesan daripada fenomena El Nino, cuaca panas yang lebih dari biasa ini pasti mengundang kesan negaatif kepada kita.Sebelum ini saya telah kongsikan kesan daripada kepanasan ini iaitu kemungkinan kita boleh diserang oleh strok haba.Untuk mengelakkan diri dari mengalami strok haba , semestinya kita mencari cara mencegahnya daripada berlaku ke atas diri sendiri, ahli keluarga dan rakyat Malaysia umumnya.Oleh itu, sangat penting untuk kita mengambil langkah pencegahan awal strok haba ini  kerana strok haba ini boleh membawa maut jika tidak dirawat.

9 Langkah Pencegahan  strok haba?

1) Elak daripada melakukan aktiviti2 di luar dan terdedah kepada cahaya matahari secara berpanjangan
2) Pakai pakaian yang tidak tebal dan longgar. Sebaik-baiknya pakai pakaian dibuat daripada kapas

sejukkan badan
Sejukkan badan 
3) Pakai sunblock krim untuk melindungi kulit daripada kena sunburn. Ini adalah kerana, kulit sunburn akan menjejaskan keupayaan badan untuk menurunkan suhu badan.
4) Minum air masak secukupnya (sekurang-kurangnya 3 liter) supaya badan kita sentiasa dalam keadaan hidrat.
minum air
5) Jangan tinggalkan siapa juga  di dalam kereta di kawasan panas. 
Kejadian ini kerap berlaku terutama kepada kanak2. Apabila kereta berada di kawasan panas, suhu kereta akan naik lebih daripada 6.7 degree celcius dalam masa 10 minit.
6) Pastikan kereta yang terdedah kepada kepanasan, tingkap dibuka dan biarkan udara panas keluar dan pastikan suhu di dalam kereta lebih rendah sebelum anda memandu.
7)Berada di dalam rumah atau bangunan. Tinggallah dalam rumah yang mempunyai pengudaraan yang cukup 
8) Jika tidak dapat mengelakkan dari menjalankan aktiviti, pakai topi atau payung yang boleh melindungi diri daripada terlalu terdedah dengan cuaca panas.
pakai payung
9) Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, jangkitan paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan seberapa segera jika penyakit bertambah teruk. Perokok, pengguna rokok elektronik dan vapers juga dinasihatkan supaya berhenti merokok.
10) Minum air isotonik seperti 100 plus atau performance drink bagi mengawal bendalir dalam badan seterusnya mecegah anda dari dehidrasi.

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge