MENANG DUIT RAYA MENULIS BLOG

Hari ni 30 Jun 2015, hati sedih bertukar gembira apabila nama saya diumumkan antara pemenang dalam Hantu Blog Contest. Tempat kedua pula tu.Pertandingan ni bermula 25 Mei 2015 yang lepas.So join contest ni sebab nak belajar pasal blog la.Maklumlah saya ni  orang baru dalam dunia blogger.Banyak sangat yang belum tahu.
Blog contest

Hadiah utama adalah RM 300 .Nak pecah rahsia sikit la kat sini.hihi..sebenarnya dalam hati memang nak sangat menang contest ni.Nak cabar diri sendiri nak upkan pageviews yang ciput sangat nih.belum cuba belum tahu..
Dalam doa tak pernah  lupa diselitkan supaya menang tempat pertama tapi Allah bagi saya tempat kedua.Alhamdulillah .Dapat la RM 200 dan hadiah beg Coach ni dari mami Mia..hati berbunga bunga gitew..tq mami mia

Blog contest
Sebenarnya pada minggu terakhir contest saya diduga dengan anak ditahan dihospital selama tiga hari.Di situ line internet sangat la slow nak mati..nak call,sms pun tak dapat apatah lagi nak update blog.So dalam tempoh tiga hari saya langsung tak menulis dan langsung tak share..sedih jer masa tu..Dalam hati dok kata peluang semakin tipis la macam ni..tapi tetap tak sabar nak update lagi.tak leh putus asa.
Hari terakhir contest mami Mia dah umumkan, so hari tu saya menulis 2 entry sekaligus.Sharing pengalaman anak diserang demam panas.Alhamdulilah, time tu memang pageviews meningkat mendadak.Dapatla cover 3 hari tak share.Syarat utama pertandingan ni ialah mesti lengkapkan 30 entry kemudian jumlah pageviews dalam sebulan. So dapat la saya lengkapkan 31 entry..cukup makan jer..pageviews memang jauh sangat dari juara..
otai sungguh Zana Adieyza..jauh nak kejau..
Terima kasih kepada penganjur Hantu Blog Contest ni..Banyak ilmu baru dapat dipelajari disamping gian nak menulis blog semakin bertambah.Kalau tak tulis satu hari rasa macam tak lengkap la pula.Saya  akan teruskan untuk berblog .Akhirnya dalam tempoh sebulan dapat juga  pageviews saya meningkat 100%.Sharing is caring
Ketika saya menulis entry ni saya masih dihospital coz admit anak untuk  kali kedua dihospital yang berbeza. Allah duga satu bahagian tapi Allah beri hadiah kat tempat lain.Duit raya untuk Faheimy..Syukur alhamdulillah.Terima kasih Allah.

3 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge