DIARY PENGIDAP PNEUMONIA

Faheimy anak ke lima saya..dilahirkan pada 7 February 2012..Selesai cuti bersalin 2 bulan, kena masuk bertugas semula..cikgu ..cuti dua bulan jer..
Semasa Faheimy 2 bulan, saya hantar dia ke Taska Manja Bonda, tak da pilihan lain, terpaksa hantar juga sebab memang susah nak cari orang nak jaga anak yang tinggal berhampiran rumah…Faheimy memang menyusu badan.Full ..sebab  masa tu susu melimpah ruah..siap pam dan bawa ke taska..nasib baik la pengurusan taska ni tak kisah..boleh jer bagi susu ibu walaupun agak rumit sikit la kan…
Tinggal kat taska memang berisiko..dari segi keselamatan memang tak da masalah cuma dari segi kesihatan.Walaupun baby ada bilik khas  dan terasing dari kanak kanak lain, risiko mendapat demam dan selsema memang agak tinggi. Faheimy jarang demam dan selsema,kadang kadang selsema lepas tu cepat juga eloknya..
Satu hari tu, masa tu Faheimy berusia dalam 5 bulan..dia selsema, tak tahulah jangkitan tu dari taska atau dari rumah…dah lupa..pada awalnya ingatkan selsema tu biasa saja macam selalu.Tak pun pergi klinik.Kemudian dia mula demam dan batuk..lepas tu saya bawa dia ke klinik A…Doktor bagi ubat demam, ubat selsema dan antibiotik..kata doktor antibiotik tu dos rendah jer..kata doktor tu sendiri, antibiotik tak berapa elok untuk bayi..tapi boleh kalau dos rendah…
Dah makan ubat,tapi semakin hari semakin bertambah teruk batuk dan selsema..bila bernafas, kita dapat dengar bunyi nafas dia kuat..kahak banyak tapi macam tersekat..tak nak menyusu dan asyik menangis jer..demam waktu malam..Tak puas hati saya bawa lagi pergi klinik B pula..bagi ubat lagi..sama juga..ubat demam, ubat selsema, antibiotik..makan ubat lagi..tak baik juga..akhir sekali nak puaskan hati lagi, saya bawa pula ke klinik pakar kanak kanak..kat klinik tu, doktor bagitahu yang anak saya macam kena semput..so doktor bagi dia nabulizer..selesai tu, dapat ubat juga lagi..makan ubat tu juga ..
Keesokan harinya,masa tu saya kat sekolah,pengusaha taska telefon beritahu  anak saya demam batuk makin kuat..hati dah resah ni..balik jer dari sekolah terus call suami untuk bawa ke hospital..so kami ambil keputusan untuk pergi ke hospital paling dekat iaitu Hospital Alor Gajah..Sampai kat hospital tu dah habis waktu pejabat..so kami daftar sebagai pesakit luar..

PNEUMONIA

Lepas penat tunggu turn..akhirnya nama Faheimy dianggil..nurse tanya anak sakit apa? Saya jawab la demam dan selsema..kemudian nurse tu suruh kami tunggu untuk rawatan lanjut..ya Allah..masa tu tuhan aja yang tahu..daripada pukul 5 kami datang sampai dah lebih pukul 8 nama tak juga dipanggil..orang yang datang kemudian dah lama dapat jumpa doktor..Faheimy dah meronta ronta menangis, menyusu pun tak nak..rasa macam nak putus pinggang duduk pangku dia..
Sebab dah tunggu terlampau lama..akhirnya suami ambil keputusan untuk masuk jumpa dengan doktor..lepas suami menyuarakan rasa tak puas hati pada doktor.. akhirnya doktor panggil kami masuk….lasa macam nak jer ku lempang nurse tadi..boleh katanya terlepas pandang..ingatkan demam biasa…anak kita dah separuh nyawa boleh terlepas..kalau tak sakit tak yah la datang ..huhu..masa tu perasaan marah memang sangat tak dapat dikawal..kesian sangat tengok keadaan Faheimy..dah lembik..tak minum apa2..hanya air mata jer jatuh tengok dia..
Dapat jer masuk ke bilik doktor..check…terperanjat beruk aku bila doktor kata paru paru anak saya ada masalah..dan demam dengan suhu mencapai hampir 41 C..rasa nak gugur jantung aku..doktor dengan segera membawa anak saya ketempat untuk nabulizer..hanya tangisan dia mememacah keheningan malam kat hospital tu..menangis dan menangis sambil asap nab tu dia sedut sikit sikit..sampai satu tahap dia terlalu letih dan tertidur…selesai habis gas tu nurse bawa Faheimy ke dalam ruang pesakit ..suntik ubat,nurse bukakan baju ..dan lap seluruh badan Faheimy..sebab suhu badan dia sangat tinggi..lepas tu menangis ..menangis dan menangis lagi…ibunya juga sambung menangis..
Selepas suhu badan Faheimy agak terkawal..doktor arahkan supaya Faheimy di X ray.. semuanya berjalan dengan cepat sekali..lepas dah kena hamput dek suami den tadi kannn..huhu..bila hasil x ray keluar..jumpa doktor semula..memang sah..jelas dan nyata,hasil dari x-ray tu memang nampak titik titik pada paru paru Faheimy menunjukkan paru paru dah dijangkiti kuman..so sekali kali doktor keluarkan arahan untuk hantar Faheimy ke hospital Melaka dengan ambulan..tak boleh ditunggu lagi..
Sepantas abc,..ambulan tersedia..jadi hari ini dalam sejarah saya naik ambulan ..huhu..faheimy dah terbaring atas katil dengan hidungnya dipasang alat nabulizer tu..dia tetap menangis..tangan dan siap kena masukkan jarum untuk masukkan ubat..meronta ronta sampai nak tercabut jarum tu..dapatla juga sedut gas tu sekejap..lepas tak tahan dia menangis..terpaksa saya pula berbaring atas katil beroda tu..susukan dia pula..dah la pekerja tu ada lelaki pulak tu..sib baik la aku ni kecik..malu dah letak tepi..demi anak..

NAIK AMBULAN
Keadaan dalam ambulance
Ni la pengalaman naik ambulan yang pertama..pemandu ambulans tu bawa macam pelesit…haha..punya la laju..rasa macam nak gugur jantung aku tengok dia menyelit sana sini..seram betul..sekejap jer dah sampai hospital Melaka..Suami dah balik rumah ambil baju dan keperluan kami berdua..di unit kecemasan..kami terus dilayan dengan sangat pantas..tak lagi macam tadi..yang bestnya..dengan aku aku sekali naik katil tu pegang anak..ditolak adik adik tu kebilik rawatan..
Dalam bilik rawatan tu doktor temuduga aku sekali lagi..cerita la semula..layanan untuk aku dah macam tuan peteri la pula..siap bagi air kotak..bawa ketempat khas soh susukan faheimy..doktor memang pandang serius kalau baby tak nak minum susu..memang Faheimy time tu dah flat..pasang la wire sana sini..selesai doktor masukkan ubat ..saya dapat tempat diwad..tak perlu tunggu lama terus kami masuk wad kanak kanak..
Ya Allah penatnya..dari pagi kat sekolah sambung pulak sampai ke malam kat hospital tanpa rehat..tapi itu tak penting.. yang penting nyawa anak adalah nombor 1..Faheimy dah kepenatan dan dia tertidur..di wad kanak kanak..memang tak ada katil untuk ibu yang jaga anak..kerusi malas ada la..RM 10 satu malam….so untuk menyusukan Faheimy yang dipasang wayar tu.. terpaksalah si ibu tidur sekali atas katil kanak kanak yang kecik tu..sib baik la aku ni kecik..boleh la ..tak yah la tidur atas kerusi..sakit badan..
Alhamdulillah..selepas beberapa jam nurse akan pasangkan nab tu lagi..pastu..nurse ajar saya pula macamna nak bagi anak nab tu..sampai pandaila aku ni..semakin hari Faheimy semakin sihaat..demam panas dia semakin turun..dan batuk kahak dah berkurang..selepas 3 hari dihospital..akhirnya doktor benarkan Faheimy balik..leganyaa…tapi 2 minggu selepas tu, mesti datang semula untuk rewatan susulan…
Syukur alhamdulillah..jangkitan kuman tu tak berlarutan..terima kasih kepada nurse dan doktor Hopital Alor Gajah dan hospital Melaka yang membantu anak saya sehingga sihat semula..Peristiwa ni menjadi pengajaran buat saya..jangan dibiarkan selsema dan batuk berpanjangan..segera cari penawar …anak kecil antibodi belum cukup kuat ..walaupun dah susukan ibu..kalau tak susukan ibu antibodi lebih lemah..
Kisah ini adalah sekadar perkongsian pengalaman anak diserang pneumonia..mungkin ada dikalangan korang yang mengalami situasi yang lebih perit dari saya..semoga perkongsian ini bermanafaat buat anda yang membaca…
pneumonia
Test kerusi roda pak lang..

Faheimy sekarang semakin sihat dan sejak dari kes tu, tak ada lagi perkara yang sama berulang….takut ia berulang kembali saya ambil langkah pencegahan..kuatkan sistem imun…ikuti entry saya nanti..apa yang saya bagi dia makan selepas usia dia setahun sehingga ke hari ini…
Senyuman pengubat luka hati ibu..

PNEUMONIA MENGANCAM NYAWA

CARA RAWATAN PNEUMONIA

3 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge