SURAT KEPADA ALLAH

Semenjak naik sekolah, dari bulan Januari sampailah sekarang, hari hari sibuk.Tapi sibuk lagi minggu ni.Dari hari isnin mesyuarat rumah sukan, kemudian rabu acara merentas desa, jumaat tuition fizik, sabtu pagi mesyuarat agung PIBG  sehingga jam 1.30 petang.Kemudian 3 petang tuition matematik pulak.Fuh..tak sempat nak rehat..tapi syukurlah, semunya aktiviti berjalan lancar dan aku puas hati dengan apa yang dah aku buat.
So hari ahad pula punya cerita, kami berempat, pada mulanya berlima tapi sorang dah ada problem last minute, so pergi 4 orang jer..naik bas panjang putih aku..hehe..aku paggil bas sekolah..dalam tu ada 4 orang penumpang,tapi antara 4 orang tu yang paling comey tu la drivernya..hehe..Petang sabtu 14 hb tu my hubby beria ia nak suruh pergi check kereta sebab dia tahu isterinya akan ke Bangi..so servis la kejap keta tu,..pukul 10 malam baru pergi ambik…terharu betul dengan suami aku ni..dia sangat supportive..walaupun dia tak cakap tapi aku tahu dia setuju dengan apa yang aku buat sekarang..

Kali ni aku dengan 3 orang anak aku, kak Suzana, Kak Zira dan Lin ke Bangi,Faizland untuk kali ke dua..Awal Januari kami dah pergi ke kelas anjuran 4 leader hebat Fantastic 4 ni.Ternyata kali ini kehadiran kami sangat berbaloi baloi.drive dari Melaka ke Bangi pun sanggup.Walaupun penyampainya orang yang sama tapi, isi yang kami dapat sudah tentunya berbeza dari yang sebelum ni.So hari ni kami buat ulangkaji matapelajaran Biologi , yang dah lama tinggal ..Pasal system dalam badan manusia..buat shaklee ni, bukan belajar nak untung ajer tau..macam macam ilmu dapat..bertuah rasanya ..

Sesi yang lain dari yang lain..hmm pada sessi ni, hujan turun mencurah curah dari setiap kelopak mata peserta..huhu..ko Mama Nurul, memang pandai bermain kata kata..now I know who is my BIG WHY..selama ni agak blurr juga la why I’ m here…dan sebelum balik, hujan turun semakin lebat..hujan dari hidung sekali…hwaaa…..ini lagi menyentuh hati dan perasaan..Utuskan surat ini khas kepada Allah..luahkan segala apa hajat yang terpendam di dalam hati , mintalah apa yang kamu nak,..mohon maaf diatas segala kesalahan…Ingatlah..serahkan jiwa hati dan perasaanmu kepadaNya..Meminta minta pada manusia ,lama kelamaan manusia akan lari dari kita….tapi meminta minta dan merayu merintih padaNya , pastinya Allah semakin hampir dengan kita…Alhamdulillah

Kelas kali ni ada sorang member yang datang jauh dari nun Sabah..sanggup datang dari jauh semata mata nak menuntut ilmu..Kuat betul semangat dia..Dalam hidup ni kalau kita ada motivasi tinggi dan semangat sentiasa nak belajar, Allah pasti akan tolong kita.Cabaran , dugaan, kekecewaan, ditiu, dihina,dipulau,dikutuk… itu pasti akan kita alami, tinggal lagi sejauh mana kita nak terus menghadapi dan menyelesaikan masalah dengan cara yang terbaik..Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, kecuali dia berusaha mengubah nasibnya sendiri..Tuntutlah ilmu sehingga ke negeri China..walau setinggi mana pun ilmu yang kita ada, tetapi kita tak mungkin daat mengatasi ilmu Allah..Jadilah seperti resmi padi..semakin berisi semakin tunduk….insyaAllah…

Terima kasih group FANTASTIC 4..mami Mia, mama Nurul, Mama ainul, dan Zainora…mereka berempat ni sangat komited dalam kerjaya mereka sekarang dan saya doakan semoga suatu hari nnati mereka semua berada dipuncak kejayaan…

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge