10 SEBAB JERAWAT ANDA TUMBUH

HILANG KEYAKINAN DIRI AKIBAT KULIT BERJERAWAT
Teringat lagi ..masa mengandungkan
Faheimy..masa tu tengah dok sambung belajar ..part time study..mengajar sambil
belajar…tak sangka pula masa tu Allah nak bagi saya seorang lagi cahaya mata….dengan
keadaaan saya yang sibuk.. setiap hari di sekolah dan waktu malam serta sabtu
dan ahad sibuk ke kelas di Melaka…sangat memenatkan…Tetapi  itulah rezeki namanya…dalam tempoh belajar
dapat anak dan dapat Ijazah…
Dek kerana kesibukan kerja dan belajar,
say atak kisah sangat tentang penjagaan kulit..masa tu tak pakai pun pencuci
muka macam sekrang..apa yang Nampak jual kat kedai ,itulah saya hentam…macam
macam jenama pun ada..tak pernah check pun kandungan..Dalam empoh 5 bulan
mengandung..kulit muka mula dinaiki jerawat jerawat halus seperti ruam…kemudian
semakin banyak naik dibahagian belakang badan.Disebabkan saya mengandung, saya
tak berapa kisah sangat sebab pada fikiran saya itu hanyalah disebabkan
perubahan homon..
JANGAN TUNGGU SEHINGGA BEGINI JADINYA..

Setelah sampai ke saat kelahiran,
jerawat saya semakin banyak ..pastu tangan ni tak tau duduk diam..nak usik usik
kat muka..dan yang paling teruk sekali adalah dibahagian dahi…kesan parut
menjadikan kulit dibahagian dahi sangat buruk…semasa dalam pantang..jerawat
berkurang tetapi kesan parut hitam masih kelihatan..Bila pakai tudung
..tarikkan ke depan sikit…tak la Nampak sangat….bermula dari saat itulah kulit
muka saya semakin bermasalah..tona kulit tidak sekata, jeragat mula naik di
pipi dan di atas hidung..masa tu masih lagi try macam macam produk..tapi
setakat bagi putih kulit  saja..lepas tu
jadi balik kerana rawatan itu hanya dari luar sahaja.Kebanyakan produk tersebut
menggunakan bleech untuk memutihkan kulit…
Apakah punca sebenar kehadiran jerawat
naik  di wajah kita?? Jerawat yang banyak
memang telah mengurangkan keyakinan & boleh buat saya jadi stress
dengannya. Parut-parut jerawat yang ada pun tak hilang lagi dah datang yang
baru…runsing mengenangkannya
10 SEBAB yang  menyebabkan jerawat:
1.Perubahan hormon
Apabila berlaku perubahan hormone seperti akhir baligh remaja, mengandung,
datang  haid ataupun menopause bagi wanita, jerawat akan timbul
disebabkan hormon dalam badan,iaitu hormon androgen (testosterone) yang
ada dalam badan lelaki dan wanita. Kebiasaannya seawal seminggu sebelum
kedatangan period sehingga seminggu setelah habis period,jerawat akan
mudah naik pada bila-bila masa. Ketidakstabilan hormon ini kadang-kala
terkawal dan sekiranya tidak terkawal, masalah ini akan berlanjutan.
Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20 ‘an – 40 ‘an. Selain
daripada itu, penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12 juga
menyebabkan perubahan hormon berlaku
2.Tekanan (Stress) 
Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang
dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum
dikulit yang bertambah.Tekanan ada dua, sama ada emosi atau fizikal.
  • Tekanan fizikal:
  •  Exercise atau bersukan tanpa rehat yang
    cukup
  • Tidur yang tidak
    mencukupi/tidur lewat/tidur tidak teratur
  •  Jadual seharian yang sangat ketat
  •  Merokok, pengambilan dadah

    Tekanan emosi:

  • Bimbang atau
    kerisauan yang berlebihan
  • Buli
  • Masalah hubungan
    rumah tangga atau kekasih
  • Kerja /study yang
    banyak

3.Pemakanan
Pemakanan yang tidak seimbang seperti kacang,makanan berperisa,seafood
(udang,ketam,sotong,kerang),budu,belacan,makanan
berminyak/bergoreng,telur,daging,ayam goreng,makanan berlemak spt
santan,dairy products spt susu lembu,coklat.

 4.Toksin

Jika kita tak pernah membuang toksin sejak pengambilan pemakanan yang
tidak terkawal sehingga umur kita mencecah 30 tahun, bermakna dah
macam-macam sisa toksin terkumpul dalam badan kita ni. Jika sistem semula
jadi tubuh kita tak mampu untuk membuang toksin tersebut secara semula
jadi, itulah yang akan menyebabkan kulit mudah kusam, berjerawat dan
banyak lagi keburukan lain

5.Faktor Genetik

Ada keturunan di mana kulit mukanya tidak bermasalah seperti golongan arab
yang rata-rata bermuka putih licin, dan tidak berminyak manakala jerawat
menghantui hidup golongan asia. Kat Malaysia memang top dengan produk antijerawat
dan tidak mendapat sambutan oleh masyarakat Arab. 

6.Allergic atau alahan

Alergic atau alahan apabila menggunakan kosmetik,foundation,cream muka
baru atau pencuci muka baru yg ada bahan-bahan chemical tertentu yg tidak
sesuai dgn kulit. Cara pembersihan make up yang tidak betul juga
menyebabkan liang roma tersumbat. Pakaian yang ketat atau apa saja yang
menutup liang minyak juga memberi masalah jerawat di kulit. Bukan tumbuh
kat muka je,..kat badan pun ada..jangan tak tahu ye.

7. Perubahan biologi badan

Ada segolongan individu kandungan minyak (sebum) di kulit berubah
komposisi. Ada pulak golongan yang menghadapi perubahan pada sel kulit
muka

8.Persekitaran & Pencemaran

Habuk atau udara yang tercemar seperti asap dan bahan kimia terutamanya di
bandar-bandar besar,kilang-kilang boleh menyebabkan jerawat dihadapi oleh
hampir semua penduduk kawasan tersebut. Bahan-bahan ini menutup liang roma dan
menyebabkan inflammasi (radang) kemerah-merahan pada kulit.

9.Jangkitan pada kulit & Resdung

 Kuman (bacteria) jenis propionobacterium acnes boleh membiak di kelenjar
sebum di kulit kita dan menyebabkan jerawat. Atas sebab itu jerawat 
dinasihatkan tidak dipicit kerana apabila dipicit, kuman di dalam kulit
tersebar ke kawasan sekitar dan menyebabkan jerawat di permukaan yang lebih
luas.tapi tula yang jenis tangan tak boleh dok diam harus je garu si jerawat tu
kan..sudahnye tinggal parut segala.Inilah yang saya buat dulu sampai kulit dah
tak rupa kulit…sekarang dah licin..hehe

10.Faktor Cuaca

Perubahan cuaca serta cuaca panas juga adalah faktor jerawat keluar. Iklim
negara kita ni hujan panas je kan..iklim yang tak menentu ni pun boleh menjadi
sebab timbulnya keadaan kulit berjerawat.

CARA HILANGAN JERAWAT DALAM MASA 10 HARI

Nak tahu bagaimana saya selesaikan masalah kulit saya? KLIK DISINI

KLIK DISINI: CARA MUDAH HILANGKAN JERAGAT KRONIK


CARA CEPAT HILANGKAN JERAWAT

3 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge