BAJET UNTUK BELI KELENGKAPAN SEKOLAH

Setiap kali penghujung tahun expecially bulan Disember..ibu bapa mula sibuk berkira kira bajet untuk keperluan pakaian , alat tulis dan yuran persekolahan anak.Pastinya gaji bulan Disember diperuntukkan untuk membeli semua keperluan tersebut.Lagi bertambah seronok bila anak sulung nak masuk darjah satu..kadang kadang mak ayah yang terlebih exited dari anak..hehe

Tahun ini bajet untuk keperluan sekolah anak semakin bertambah kerana empat dari lima orang anak saya telah memasuki alam persekolahan..dua orang di sekolah menengah dan dan 2  orang di sekolah rendah.Anak sulung sudah berusia 17 tahun, anak kedua 14 tahun.yang sekolah menengah ,citarasa dah berbeza.Beg pilihan sendiri, kasut juga mesti yang ala ala ada jenama gitu..layan jerlah asalkan tak lebih dari bajet.Yang sekolah rendah pula lain cerita..pening pilih beg .Nak beg beroda..gambar kartun lah..hmmm…macam macam kerenah

Dah bertahun dah saya tak pernah beli kain dan tempah untuk baju anak anak..semuanya siap beli yang ready made..jimat masa dan sangat berbaloi kerana zaman sekarang upah jahit baju kurung pun dan sama harga dengan harga sepasang beli baju dah siap..so eloklah beli aje. terpulanglah pada ibu bapa yang nak tempah..lagi bagus kalau dapat jahit sendiri…Zaman sekarang ni baju sekolah ada warna warni,purple ada, kuning ada, hijau ada, biru ada..macam macam ada..

jom pergi sekolah
Exited nak pergi sekolah

Ni bajet untuk pakaian , kasut dan beg

Sekolah rendah perempuan
Baju sekolah :
Baju kurung 4 helai (beli yang dah siap )
Kain kurung : 2 helai kebangsaan,2 helai agama (siap)
Tudung 4, : 2 pagi 2 petang
Baju sukan sepasang
Kasut 2pasang
Beg – 1
BUku sekolah kebangsaan – rm30-35
BUku sekolah agama – RM20-35
Yuran sekolah agama – RM168
Alat tulis – pencil case, pencil pemadam & so on
Pembalut buku teks x 6 roll wajib
Stokin – 6 pasang  

Sekolah rendah lelaki
Bajusekolah: 3 pasang baju dan seluar
Baju Melayu : 2 pasang 
Samping, songkok
Tali leher
Beg – 1
BUku sekolah kebangsaan – rm30-35
BUku sekolah agama – RM20-35
Yuran sekolah agama – RM168
Alat tulis – pencil case, pencil pemadam & so on
Pembalut buku teks x 6 roll wajib
Stokin – 6 pasang  

Sekolah menengah lelaki
Dah pandai jaga kebersihan..so baju dan seluar 2 pasang dah cukup
SMKGB berbaju melayu dihari Jumaat
Kasut hitam, 
Kasut Putih
Pakaian sukan
Pakaian badan beruniform

Kos untuk pelajar sekolah menengah adalah lebih tinggi.Alat tulis dan buku sahaja sudah mencapai sehingga RM 200.Belum termasuk yuran PIBG dan kecemerlangan sekolah

So bajet untuk pakaian sekolah sahaja seorang anak kira kira RM 200 ke RM 300..
Sekolah rendah lagi banyak..sebab ada sekolah pagi dan sekolah petang kira kira rm300 ke rm400

Tips :
Kalau beli kasut jangan yang semua kain, nanti cepat koyak bila diberus.
Sekolah rendah, tak payah la kasut bertali..leceh..

Beli BATA Spark atau Pallas satu cukup la.satu lagi beli ang harga biasa biasa saja untuk buat salin bila perlu.


Kalau beli bag…elok beli SWAN..atau sewaktu dengannya yang mana jahitan adalah lebih kukuh..walau pun mahal dalam RM69.90 ke atas..
boleh pakai sampai thn depan, dah terbukti..setiap tahun memang beli swan.so jimat beli 1 bag sahaja setahun..Kalau nak beli beg swan, eloklah beli di kedai khas SWAN sebab bila dah menjadi ahli, sekali kita beli, kedai itu akan menyediakan perkhidmatan untuk repair beg yang rosak dengan harga rendah..cuma..kalau beli beg yang tak rosak rosak ni…hmmm…bosan la pulak kan…so terpulanglah pada diri sendiri..beli ikut keperluan bukan ikut kemahuan

Okeylah..selamat bershopping..kalau nak jimat lagi ..pakailah baju baju dan kasut yang masih elok dan tambahkan mana yang kurang sahaja…selamat Menyambt Tahun Baru 2015..Semoga di tahun 2015 kita  lebih cemerlang dari tahun  2014…cau..

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge