MEMBELI BELAH DI PASAR KEMBOJA PARIT BUNTAR

Assalamualaikum…
Musim cuti sekolah dah bermula..pastinya ibu bapa telah merancang sesuatu untuk memenuhi masa berharga bersama keluarga …ada yang nak pergi melancong, balik kampung dan ada yang pilih nak berhat berehat bersama keluarga dirumah sahaja.Jimat duit kan..apa pun yang anda rancang semoga semuanya mengeratkan lagi silaturrahim anak beranak kan..
Cerita pasal berjalan jalan shopping ,pastinya orang perempuan lah yang paling suka..dan yang pastinya saya pun camtu lah..Hari ni saya nak kongsi pengalaman saya bercuti pendek di kampung ..korang pernah dengar tak pasal Pasar Kemboja?Pastinya orang yang berhampiran dengan Parit Buntar dah tak asing lagi dengan Pasar Kemboja ni..
Pasar Kemboja bukan pasar jual ikan dan sayur tapi pasar jualan pakaian..Apa yang menarik ,pasar ni menjual pakaian seperti tudung, baju kurung, jubah dan pelbagai pakaian dengan harga yang sangat murah gilerrr..hehe..Biasanya yang datang dari jauh datang untuk membeli secara borong,ada juga yang dijual bilangan kecil .nak beli satu harga lebih mahal dari beli harga borong tapi masih lagi jauh 100% lebih murah dari beli kat pekan Masjid Tanah
Pasar Kemboja terbesar di Pekan Parit Buntar terletak 500m dari simpang empat Parit Buntar dan Berhampiran dengan Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Mahat.Kalau bulan puasa, lebih daripada 20 hingga 30 biji bas pelancong datang untuk membeli belah.Time tu korang kalau pergi …memang nak berjalan pun terpaksa bertolak tolak..macam sardin…Musim cuti sekolah ni ramai la juga..kalau time belum gaji atau hari hari biasa..kurang la pengunjungnya..
Korang yang nak bak buat bisness online atau bisness kecil  kecilan dari rumah sangatlah bagus kalau datang shopping kat sini..Tapi make sure rancang dulu apa nak beli ..kalau tak..semuanya korang nak beli sebab murah sangat ..kang bajet lari..rambang mata , tok sah nak cakap la..terlalu banyak pilihan dan terlalu murah..Setiap kali saya nak balik kampung,mesti kawan kawan kirim untuk mereka,tudung, baju, jubah dan macam macam lagilah…

pasar kemboja
Pilih mana yang berkenan
Opps..lupa nak bagitau..Pasar Kemboja ni hanya dibuka pada hari Sabtu je tau kat tempat ni..mulai dari pukul 7 pagi hingga 2 petang..ada juga pasar Kemboja tempat lain..kecik.. tak best..sini paling best..
Tips sebelum pergi membeli belah…
  #sarapan dulu..pastikan perut anda dah berisi..kat sana memang ada  kedai makan tapi bila orang terlampau ramai..nak makan pun sangat la susah..hanya ada gerai-gerai kecil di tepi tepi jalan..tapi saya kalau pergi sana..lupa nak makan..ke..ke..
# jangan dok bawa anak kecik yang bawah 4 tahun..kalau tak..rugiii..anak menangis kepanasan..maknye belumm habis nak shopping
#tulis senarai barang yang nak beli dulu..kalau tidak..sampai sana semuanya nak beli..pasal murahla katakan…rambang mata
#bawa duit yang cukup cukup jer untuk beli barang yang korang nak..supaya..tak semua duit yang ada dalam handbag habis digunakan untuk bershopping…saya pernah jadi camtu..huhu..tak sedar pun ..bila balik ..duit dah habis buat shopping…
#parking sangat terhad..so pastikan anda berkongsi kereta dan sampai awal sebelum pukul 8 pagi..ni memang saya yang buat..pergi kul 7.30 pagi..balik 12 tegahari..tu pun rasa macam tak cukup masa..nasib baik kena balik sebab anak dah menangis kat umah..hehe..
#gerai terlalu banyak..dan berbagai pilihan..so korang tak sedar yang korang dah berjalan kaki sejauh 1 km..so siapa yang tak cukup tenaga..alamatnya memang tak larat la jawabnya..sebab tu sebelum kami pergi shopping sakan kami mesti sarapan dan mesti kami nak minum http://akukaksu.blogspot.com/2014/09/minum-teh-pun-boleh-kurus.html?m=1cinch tea..cinch tea best sebab korang tak akan rasa penat sepanjang beberapa jam ..so boleh la jamu mata dengan tenaga yang cukup..hehe
So kalau korang nak tau lebih lanjut pasal pasar Kemboja ni..leh la google tempatnya ye..Nak buat bisness lagi bagus…okey..cau..

pasar kemboja
#suhaila
#0108798077
#duniakuisnpirasiku

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge