BAGAIMANA GLA MEMBANTU PESAKIT DIABETES/KENCING MANIS


Penyakit kencing manis adalah satu keadaan di mana terdapat kadar gula yang berlebihan dalam peredaran darah. Kekurangan sesuatu hormon yang dipanggil insulin yang diperlukan untuk menukar gula kepada tenaga dalam badan kita. 
Bagaimana insulin dihasilkan?
Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh organ bernama pankreas yang terletak dibawah perut.
Dalam perut, makanan berkanji dan bergula yang dipanggil makanan karbohidrat ditukar kepada bahan gula yang dipanggil glukos dan masuk ke dalam saluran darah di mana ia akan digunakan oleh badan untuk menghasilkan tenaga. Glukos adalah punca utama yang memberi tenaga.
kencing manis

Apa fungsi insulin?
Dalam keadaan biasa, insulin membantu gula (glukos) dalam darah untuk memasuki sel-sel badan untuk ditukarkan kepada tenaga. 
Apakah organ yang menghasilkan insulin?
Insulin dihasilkan oleh pancreas.
Bagi orang yang mengidap penyakit kencing manis, organ pankreas tidak dapat menghasilkan hormon insulin dengan secukupnya atau insulin yang dikeluarkan tidak dapat bertindak seperti biasa.

Apakah kesan penghasilan insulin yang tidak dapat dihasilkan?
Akibatnya, glukos atau gula tidak dapat memasuki sel-sel badan. Kadar gula dalam peredaran darah menjadi tinggi. Gula yang berlebihan ini akan disingkirkan oleh badan melalui air kencing. Inilah sebabnya, penyakit ini dikenali sebagai penyakit kencing manis. Tanpa insulin, sel-sel badan tidak menerima bekalan glukos, walaupun kadarnya amat tinggi dalam peredaran darah. Ini menyebabkan badan akan kekurangan tenaga.
Siapakah pengidap penyakit kencing manis ?
Sesiapa pun boleh mendapat penyakit ini.Tetapi mereka yang datang daripada keluarga atau keturunan di mana terdapat ahli-ahli yang mengidap penyakit kencing manis sudah meningkat umur (40 tahun ke atas) mempunyai berat badan berlebihan atau gemuk mempunyai risiko yang lebih untuk mendapat kencing manis.
Petanda awal seseorang menghidapi kecing manis atau diabetes: 
  1. Cepat Dahaga
  2. Mudah Letih
  3. Berat Badan Turun Dengan Mendadak
  4. Kerap Kecing
  5. Cepat Kebas pada jari kaki atau jari tangan 
Apa yang Hendak Dimakan?
Terdapat 3 kumpulan makanan untuk pesakit Diabetes.
1. Makanan yang perlu DIELAKKAN
Contoh: Gula pasir, gula melaka, gula merah, gula batu, gula-gula, sirap, jeruk, halwa, kuih-kuih manis, susu pekat manis, buah-buahan dalam tin, minuman ringan, coklat, madu lebah, jem (kecuali jem untuk diabetis), semua makanan bersalut gula, dll.
Makanan/ minuman yang mengandungi gula ringkas. Gula ringkas akan meningkatkan tahap gula dalam darah dengan kadar yang cepat.
2. Makanan yang perlu DIHADKAN
Makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks.
Contoh: Nasi, bijirin, biskut, kekacang, susu, pasta, semua jenis mee, semua jenis tepung, semua jenis ubi, buah-buahan/ jus, sayuran berkanji (labu), jagung, serbuk coklat, dll.
3. Makanan yang BEBAS dimakan
Contoh: Air kosong, air mineral, kopi dan teh, air barli, jus limau nipis, sayur-sayuran, ulam-ulaman, cuka, sup, serbuk rempah, serbuk cili, herba, dll.
Pengambilan Serat yang Betul
Serat atau serabut diet boleh didapati dalam bentuk larut (yang larut dalam air – ia membantu melambatkan penyerapan nutrien) dan serat tak larut (tidak dapat dihadam oleh sistem pencernaan – membantu mengelakkan sembelit). Serat yang tak larut boleh digunakan di dalam usaha mengurangkan berat badan kerana ia memberikan kekenyangan. 
Contoh makanan yang mengandungi serat: Sayur-sayuran, ulam-ulaman, buah-buahan, kekacang, bijirin, bijirin sarapan pagi, jagung, pasta, dll.
Pengambilan Vitamin dan Zat Galian yang Mencukupi
Kromium mempunyai fungsi untuk menyeimbangkan dan membantu mengekalkan gula darah pada mereka yang berisiko tinggi untuk medapat diabetes.
Kajian juga menunjukkan bahawa anti-oksidan seperti vitamin C dan E serta beta keroten (sejenis vitamin A larut air) boleh membantu mengurangkan risiko komplikasi yang berkaitan dengan diabetes.
Sumber: Panduan Pesakit Diabetes, Unit Pendidikan Kesihatan, Hospital Kangar.
BAGAIMANA GLA MEMBANTU PESAKIT KENCING MANIS?


gla


  • Kencing Manis – Pesakit kencing manis tidak boleh menukar GLA dari asid linoleic. Suplemen GLA memperbaiki fungsi saraf dan boleh mencegah penyakit saraf kencing manis 
    diabetes
FACEBOOK:suhaila abdul
EMAIL:suhaila_abdul@yahoo.com
BLOG:akukaksu.blogspot.com
COD:Masjid tanah,Kuala Sungai Baru,Sungai Udang
POS:MELAKA DAN SELURUH MALAYSIA
NO TEL:010 8798077

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge